Sampai sekarang saya masih tak faham apa itu demokrasi. Sekarang ini demokrasi kah dengan apa yang berlaku di Perak? Demokrasi kah dengan apa yang terjadi di Palestine ketika Hamas menang besar dalam pilihanraya umum ketika banyak negara yang bodoh masih enggan mengiktiraf kerajaan Hamas?

Tidak lama dahulu Anwar Ibrahim dengan penuh yakin berkata ada sejumlah MP BN akan berhijrah masuk ke Pakatan Rakyat. Ketika itu mereka yang pro-PR akan merestui perpindahan itu demi Malaysia baru, Malaysia berkebajikan. Namun sekarang ini perkara sama berlaku cuma ‘reverse position’. Maka kenapa ramai kita yang mengutuk sekerasnya tindakan melompat-lompat ini? Bukankah ia melompat-lompat jua?

Terus-terang saya sedih dengan apa yang menimpa YB Nizar dan YB2 lain yang menjadi pilihan rakyat atas nama demokrasi ketika ini. Pejabatnya dikosongkan tanpa pegetahuan. Satu tindakan gelojoh dan biadap.

Sudah tentu, sebagai orang yang arif dalam undang-undang, Sultan Perak telah meneliti sedalam-dalamnya undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Cuma, saya masih belum mengerti mengapa Sultan tak merestui pembubaran semula DUN supaya pilihanraya diadakan semula?

Wahai PR, berhati-hatilah dengan tindakan memilih calon WAKIL RAKYAT bukan main tangkap muat sahaja! Rakyat bukan berIQ rendah, kami ada harga diri.  Dan peringatan juga untuk PR, sila jaga sensitiviti ORANG ISLAM yang telah mengundi anda. Amaran untuk BN, ingat bahawa rekod-rekod buruk anda akan menjadi memori kami sebagai pengundi pilihanraya akan datang!!!

Bukankah Al-Quran dan Sunnah itu sebaik-baik manual kehidupan, mengapa pilih yang lain lagi?

Nah, sekarang Perak sudah ada 2 MB dalam masa yang serentak! Bukan calang-calang kedua-duanya ini. Alangkah indah jika bersatu dengan syarat berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. Kita bukan sunni vs syi’ah bukan?

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Safar 1430@ 7 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.