Esok hubby ada 2 paper, Kutub Sunnah danUsul Da’wah. Lusa pun sama juga dua paper lagi. Nah, amiklah, sekali 4 paper berat dalam 2 hari. Hati ni sentiasa berdoa semoga hubby dapat jawab dengan tepat, tenang dan cemerlang. Risau, dub dab dub dab jantung ni mengenangkan exam suami tercinta. Hadap internet ingat exam, nak tidur ingat exam, nak masak ingat exam..berdebar rasa.

Dulu masa saya final exam, MBBS, saya tak macam suami yang sentiasa cool memanjang walaupun tengah musim exam ni (kekadang geram juga cool sangat nak exam neh..eiii cubit sket,hehe). Dulu, 2-3 bulan nak exam dah berpeluh dah. Rasa nak rebus je sume buku2 tebal yang harganya mahal tu nak bagi minum supaya bleh hapal sume fakta. Semakin dekat tempoh exam semakin rasa hari makin gelap dah rasa sesak dada ni. Ye lah, saya bukan rajin macam budak-budak medic lain. Hehe..bila tiba musim exam, tiba-tiba badan jadi demam. Rasa panas tapi sejuk. Tambah pulak tiba-tiba selsema tak berhenti-henti dengan pakej batuk sekali. Kalau boleh nak elak makan ubat. Jadi gagahkan diri beli sebanyak2 anggur dan buah oren dengan jus oren dan makan vitamin C. Jus oren kat mesia dah ler cair lepas tu mahal, manisnya sebab gula setimbun. Kat sini jus buah adalah ‘heaven’, pekat dengan jus asli, banyak dan murah. Lepas tu bila mak keramat telefon tanya khabar bakal menantunya ni, air mata dah mula nak bergenang dah. Sekali lepas tu mak seremban pula telefon, ha..banjir terus sampai tak dapat nak cakap apa-apa. Sedih tambah stress nak exam. Siap dengan delayed menstrual cycle lagi akibat ketidakstabilan hormon untuk exam. Macam tu lah saya masa exam final dulu.

Tapi tu cerita dulu, sekarang hidup di Madinah ni, STRESS FREE. Hormon kortisol mungkin berada di tahap paling rendah sekarang. Bahagia. Namun, bila dengar tentang tunggang-langgangnya politik Malaysia dan kebanjiran pemimpin yang gila kuasa, harta dan seks, memang mengganggu ketenangan. Inilah manusia yang bertimbun di Malaysia. Saya jadi bertambah gusar bagaimana mahu melahirkan dan membesarkan anak-anak dalam suasana rosak masyarakat kita?

Saya begitu terharu gembira melihat anak-anak sebaya Adam (4-5 tahun) berlari lari dalam masjid Nabi. Bukan berlari kerana hendak bermain police entry tetapi berlari supaya cepat sampai ke bulatan-bulatan kecil kanak-kanak sebayanya untuk mengaji Al-Quran. Kalau boleh saya rakamkan episode indah itu sudah lama saya merakamnya. Anak-anak itu begitu comel, tangan kecil dan jari halus mereka mengendong Al-Quran yang besar sambil berlumba-lumba mengambil tempat duduk di bulatan kecil itu. Guru mereka juga masih muda remaja. Sungguh menyeronokkan untuk saya menyaksikan generasi kecil ini mencintai Al-Quran sambil tangan saya mengusap-ngusap bayi di dalam uterus ini. Sesekali anak ini bergerak seolah-olah mahu turut serta dalam majlis ilmu yang indah ini. Puluhan bulatan-bulatan kecil bertebaran di serata Masjid Nabawi selepas solat Asar selesai.

Kalau kita terus tinggal di Madinah boleh suamiku?

p/s: Cuti-cuti Saudi nak mula dah Isnin ni, nak buat umrah dengan hubby n baby dan famili Akmal lepas tu bleh jalan-jalan..yeayyy..tapi kene habiskan exam dulu..caiyok, gambate..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Safar 1430@ 7 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.