Sejurus sebelum hubby nak pergi exam, saya dapat ym dari brother Nik Fahmi (my junior in rcmp). Sungguh bersemangat adik Nik bercerita tentang pengalamannya di Masjid Ubudiyyah. Terima kasih dengan link youtube itu adik Nik.

Oh sungguh saya sedih dan kecewa melihat Melayu Islam membantai Melayu Islam. Tidak cukup dengan itu, wanita Islam pun nak dilanyak FRU? Inikah akhlak Islam? Apakah Islam mengajar kita mencaci maki mencarut? Tidak kasihankah dengan murid sekolah anak Melayu Islam itu tercedera akibat tembakan gas pemedih mata?

Yang pelik tambah ajaib, di mana si Ngeh dan si Ngoh dan warga DAP yang lainnya?

Ada baca satu artikel di tranungkite yang memberi satu dimensi ‘luar kotak’ tentang isu lompat-melompat? Ini linknya

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10922#299480 , cuma kita kene siasat siapa yang menulisnya dan kesahihan cerita ini.

Suamiku, adikku Muhammad dan yang lain-lainnya, masyarakat Islam kita perlu dididik berakhlak Islam. Pulanglah untuk mendidik mereka…

p/s: Nampaknya hasrat nak tinggal lama di sini mungkin tak kesampaian, ada misi yang banyak yang perlu dilaksanakan di bumi tanah tumpah darahku..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Safar 1430@ 7 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.