Yeaaayyy, hubby dah abes exam semalam. Merdeka…Muka hubby pun berseri-seri abes exam tadi walaupun tak tidur-tidur dari semalam. Alhamdulillah boleh jawab katanya. Lepas exam selalu beginilah perasaan. Rasa happy dan lega. Tak kiralah macamana exam tadi dijawab (tu my way of thingking lah). Teringat dulu, masa exam final, habis je exam shortcase, tiba-tiba tengok sorang kawan ni terus menangis teresak-esak. Macam ada org yang dia sayang pass away. Rupanya di kata dia sgt frustrated sebab tak dapat jawab depan lecturer2 yang ganas tu. Erk…den pon tak la dapek jawab sumo eee tapi selambo yoo..hehe. Rezeki Allah bagi, lecturer dapat yang mesra-mesra belaka, tapi awas, mesra pun masih bahaya juga!! Must be confident and fluent!!

Semoga para lecturer dilembutkan hati memberi markah yang cemerlang untuk hubby dan sume student Malaysia di sini. Dengar ramai syabab nak melancong-lancong luar Saudi cuti-cuti ni, Mesir la, Jordan la, Turki la, selamat berjalan lah sume. Kami pun nak jalan2 sikit2 lah, di Saudi saja, takleh jauh2..

Pagi ini nak pegi antenal check-up lagi. Nak tinjau sikit apa la baby ni duk buat, berenang ke, main football ke, bola jaring ke, geli perut mama baby main tepuk2 amniotic fluid dalam ni..hehe..Alhamdulillah my gestational age dah masuk 24 weeks, 16 weeks to go. Baby dah developed hearing skrg, dah boleh tahu oh ini ini suara mama, ini dia suara baba. Kene banyakkan lagi amal ni, kene banyak2 lagi baca Al-Quran, kene makan kurma, kismis, almond yang bertimbun2 lagi ni, my supplement ni wajib, and exercise jalan2 dalam masjid nabi..yeaahh…caiyok..

Bila cakap tentang anak ni, ke semua kita nak anak-anak berjaya. Saya sangat gembira bila dengar kawan-kawan bercita-cita nak anak jadi doktor. Kita mesti ramaikan lagi golongan doktor ni di kalangan muslim. Sebab bilangan Melayu Muslim yang menjadi doktor masih sedikit. Saya berbangga jika dengar Adam, Insyirah, Akmal dan anak En. Asri (sebab tak lahir lagi, so takda nama lagi..huhu) menjadi doktor. Lagipun untuk tahun2 mendatang ini, Universiti Islam Madinah akan membuka Fakulti Perubatan. Apalagi, jom hantar anak-anak kita ke sana, aaa boleh ke ambil borang siap2? eheh. Cuma satu, jangan paksa mereka ambil medic, bahaya!! Ayah saya malah berat nak lepaskan anaknya ini untuk terjun ke bidang ini sebenarnya. Ayah kata nanti terlalu sibuk untuk keluarga. Memang ayah cakap betul, tapi saya tak menyesal kerana saya puas bila dapat memberi rawatan dan ubat terbaik untuk mak ayah dan keluarga dan juga masyarakat yang memerlukan. Ayah mengharap saya menjadi guru macam emak tapi tak pernah paksa. Alhamdulillah mak ayah tak pernah paksa kami adik beradik nak pilih bidang apa. Along amik akaun, saya bidang ini, dan adik bidang agama. Masih belum nampak lagi dari kami yang nak jadi guru. Nak jadi guru pun tak boleh dipaksa. Saya sangat kesal jika kita ambil KPLI atau J-QAF sebagai pilih terakhir untuk bekerja. Nanti akan lahirlah guru-guru kurang kualiti sebab mereka tidak passionate dengan kerjaya keguruan ini.

Esok pagi nak bertolak ke Makkah untuk umrah. Lepas tu jalan-jalan sikit sekitar Makkah, Jeddah.

p/s: bila nak tulis pasal fiqh maqasid tu adik muhammad? nak tiru adik fawzul buat 101 in 1001, nantikan..hehe

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

13 Safar 1430@ 9 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.