menara masjid bir ali

menara masjid miqat di dzulhulaifah

Hari Selasa lepas kami sekeluarga berpeluang sekali lagi menunaikan umrah. Kali ni kami pergi bersama-sama ci comel Akmal dan keluarga. As usual kami bertolak lebih kurang jam 1 pagi. Waktu ini cuaca dingin dan kereta tak banyak di lebuhraya. Singgah sebentar di masjid miqat di Dzulhulaifah untuk solat sunat ihram dan berniat ihram. Masjid ini merupakan kawasan orang dari Madinah untuk berniat ihram sebelum bertolak ke Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan umrah atau haji. Kawasan masjid lengang, dan sewaktu saya masuk ke tempat solat nisa’, kawasan tersebut kosong.Terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai barang terutama kain ihram, tali pinggang ihram, selipar, dan banyak lagi keperluan umrah yang lain. Sehingga tengah malam ke pagi pun terdapat banyak kedai yang masih dibuka.

kawasan perkarangan masjid miqat di dzulhulaifah

kawasan perkarangan masjid miqat di dzulhulaifah

kawasan solat muslimat yang kosong

kawasan solat muslimat yang kosong

kedai jual peralatan ihram

kedai jual peralatan ihram

Sebelum tu, hubby isi minyak dulu nak bagi tangki penuh. Ish punyalah murah petrol  kat sini, lebih kurang 60 sen riyal saja seliter. Satu tangki penuh hanya lebih kurang SR36 bagi kereta jenis Honda Accord. Bestnya, tambahlagi tak ada tol langsung menganggu perjalanan kami sejauh 416km Madinah-Makkah.

harga petrol di saudi

harga petrol di saudi

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

17 Safar 1430@ 13 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.