masjidil haram

masjidil haram

future masjidil haram

future masjidil haram

counting days untuk projek gergasi masjidil haram, 667 days to go dari hari kami sampai di makkah

counting days untuk projek gergasi masjidil haram, 667 days to go dari hari kami sampai di makkah

Perjalanan yang dingin dan tenang mengambi masa lebih kurang 3 jam lebih untuk sampai di Makkah Al-Mukarramah. Kereta kami parking tepi jalan betul-betul depan Masjidil Haram opposite papan tanda besar tentang gambar masa depan masjid. Kami memulakan umrah sebaik tiba pada jam 4 pagi lebih. Sewaktu itu manusia yang bertawaf tidak terlalu ramai. Banyak ruang kosong untuk bertawaf tanpa bersesak-sesak. Syukur dan saya sungguh gembira dan rasa bertuah. Jika jemaah umrah dari tanahair perlu mengeluarkan beribu-ribu ringgit untuk sampai ke sini, kami hanya mengeluarkan belanja yang sangat minimal, syukur yang amat dengan anugerah Allah pada kami sekeluarga.

saie di tingkat bawah safa marwah, kiri; my dear hubby, akmal n abu akmal

saie di tingkat bawah safa marwah, kiri; my dear hubby, akmal n abu akmal

selesai solat Subuh bersama akmal dan ummu akmal

selesai solat Subuh bersama akmal dan ummu akmal

Selesai tawaf kemudian kami ke Safa’ untuk memulakan sai’e ke Marwah. Kami bersai’e Safa’ dan Marwah sebanyak 7 kali. Selalunya jika saya berjalan agak jauh untuk membeli-belah akan terasa sedikit sakit (lenguh) di bahagian suprapubic (bawah abdomen) namun alhamdulillah kali ini, saya tak berasa sakit langsung walaupun berjalan jauh untuk umrah kali ini. Jemaah umrah masih tidak ramai. Alhamdulillah kami selesai sai’e betul-betul sebelum azan solat Subuh.

akmal nak boom dalam kete

Akmal pun dah nampak letih setelah selesai bertawaf dan sai’e jga solat Subuh maka kami pun mula survey tempat penginapan. Musim kali ini, visa umrah baru sahaja dibuka, maka Makkah tak sesak lagi dengan manusia.Harga hotel turun menjadi sangat-sangat berpatutan.

check in

check in

5 beds satu tak muat masuk gambar

5 beds satu tak muat masuk gambar

hubby yang keletihan

hubby yang keletihan

Hubby terjumpa dengan satu hotel yang hanya berharga SR60 untuk satu malam, yang bestnya hotel ini dekat dengan Masjidil Haram. Rasa nak je tinggal seminggu lagi kat Makkah ini. Harga pada musim haji atau waktu peak hotel ini sekitar SR200-SR300 riyal semalam. Di sini banyak lorong-lorong sempit yang di dalamnya terdapat banyak hotel-hotel yang tersorok. Tapi masa peak time sentiasa full booked walaupun terletak di celah-celah bangunan.

Rehat dulu..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

17 Safar 1430@ 13 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.