Result exam semester hubby dah keluar. Alhamdulillah, syukur sangat hubby lulus semua paper yang diambil. Rasa takut juga sebab sepanjang semester lepas ni hubby sangatlah busy sebagai pengurus ziarah masa musim haji baru-baru ini. Rasa terharu tengok hubby yang begitu bersungguh cari rezeki, balik rumah sempat lagi bantu saya buat macam-macam kerja rumah walaupun saya tahu hubby sangat letih. Masa tu masih lagi first trimester, kerana alahan, saya memang tak boleh berkawan dengan bawang dan dapur (walaupun hobi suka masak). Maka hubby lah yang bersusah payah menguruskan dapur siap dengan kupas bawang lagi tak bagi saya muntah. So, lepas ni bolehlah kita bercuti-cuti dengan gembiranyaaaa…yeeaaayyy
Terima kasih tidak terhingga kepada mak-mak dan ayah-ayah kami dan keluarga serta semua yang telah mendoakan kejayaan hubby. Semoga Allah menbalas jasa kalian.
Tahniah juga pada semua student yang lulus untuk exam kali ni. Next time boleh improve lagi…

My baby
Tahniah permataku..
Angin, kau nyanyikan lagu untuk permataku tenang selalu
Bayu, sampaikan berita, daku kini ceria, tenang dan bahagia,
Selimutkan cintaku bersama malam mu
Dengarkan lagu ku hadiahku untukmu
Di kaulah cahaya tika malam menjelma
Kasihmu membawaku ke syurga
Dan redha yang Esa
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
Nur Izah Ab. Razak
20 Safar 1430@ 16 Feb 2009
Madinah Al-Munawwarah.
tahniah.. Mabruk!
tenkiu dik, abg fawwaz kata terima kasih..