Dah berapa lama berangan nak buka bisnes jubah, telekung etc kat Malaysia dulu. Dulu masa sekolah, dalam tingkatan dua nak masuk tiga, saya buat bisnes kat asrama. Memang syok habis, sebab modal 100% ayah support, untung dan modal 100% masuk poket sendiri. Tebal juga la poket masa sekolah dulu. Duit belanja harian mak selalu bagi lum sum sebulan. Duit itu saya tak usik, masuk tabung kaler hijau bentuk bangunan Tabung Haji kat KL tu. Bila penuh mak masukkan dalam akaun Tabung Haji. Selalu berlumba dengan Along (tabung kaler merah) dan Adik (tabung kaler biru) siapa dapat penuhkan tabung dulu. Yang jadi juara selalunya saya lah sebab kepala otak bisnes sejak kecil lagi. Along dan adik bukan orang bisnes masa kecik dulu. Cewah, macam besar sangat la bisbes jual setoking tu. Tapi sekarang nampaknya Adik dah involve bisnes internet dan kad phone di Mesir nuu..caiyokk,teruskan berbisnes. Heheh.Ish, indah betul memori masa tu. Bukan jual apa pun, jual setoking muslimah (beli kat Mydin, Jalan Masjid India), jual air tin (borong kat Makro, Seremban), jual kek coklat homemade.

Saya punyala suka kek coklat kukus yang jiran sebelah jual. Last-last mak kata, “Angah pegila belajar kat Mak Cik Zimah cara buat kek tu”. Mak Cik Zimah jiranku yang baik hati pun megajar car-cara buat kek coklat kukus ni. So dari situ saya selalu bawa ke sekolah, tak sangka pulak ramai peminat kek ni. Maka member-member suggest “Ko jual lah kek coklat ni sure lakunya”. Maka setiap hari Ahad saya outing (outing kebenaran untuk tusyen bahasa Arab, pastu fly balik rumah kejap..heheh), balik rumah untuk buat adunan kek coklat. Member-member malah cikgu dah siap2 order petang Jumaat sebelum tu. Hari Ahad saya siap2 bawa kek coklat tu untuk budak asrama. Hari Isnin mak akan hantar naik kete kek-kek yang dah siap saya buat untuk cikgu-cikgu pulak. Masa Hari Kantin sekolah pun gerai kelas saya, saya letakkan kek coklat tu. Kukus panas-panas bawah gerai yang sedang panas terik, buat ganache coklat bawah payung gerai tu juga. Masa ni, memang laku sangat kek coklat kukusku. Yeayyy boleh simpan lagi duit dalam Tabung Haji dan boleh beli novel-novel cerita seram Christopher Pike atau R.L Stine. Mak dan ayah memang the strongest supporter untuk saya berbisnes, agaknya kesian tengok anaknya ni memang bersungguh-sungguh nak menjual walaupun setin air gas.

Masa mula-mula sampai sini, kepala otak ni asyik fikir nak buat apa nak jana duit. Konon-konon nak jual nasi lemak, nasi goreng (ish dapat tentangan hebat dari mak seremban dan mak keramat  saya,hahhahha), buat locum kat klinik-klinik sini tapi semuanya macam tak dapat sokongan my hubby. Hubby nak saya berehat sepenuhnya lebih-lebih lagi masa pregnant ni. Hubby kata, “Ayang nak apa, abang belikan..”. Alhamdulillah, tapi takpe, semangat berbisnes masih ada. Memang pun, tak ada lah keperluan mendesak saya nak cari duit. Tapi sebab berjiwa bisnes, otak ni still lagi berputar nak buat something yang boleh jana duit.

So dah duduk sini, tak buat apa pun, tiba-tiba kawan mak keramat, Kak Syiar yang memang dikenali sebagai penyokong kuat usahawan Bumiputera bagi sms, nak minta saya jadi supplier abaya arab saudi. Ada juga banyak permintaan kawan-kawan untuk abaya arab saudi ni. Pucuk dicita ulam mendatang..boleh mula sikit-sikit ni..alhamdulillah.

Gambar-gambar abaya untuk eye refreshment next posting ye, abaya tak ready lagi…

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

24 Safar 1430@ 20 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.