pokok kurma di pantai yanbu'

pokok kurma di pantai yanbu'

Cuti sekolah ada berbaki seminggu lagi. Teringin nak tengok pantai di Arab Saudi. Lepas meeting online dengan Ummu Insyirah, kami sepakat sama-sama bercuti ke Yanbu’ 3 keluarga. My famili, Ummu Insyirah dan keluarga serta Ina dan suami. Kami ke Yanbu’ yang jaraknya lebih kurang 200 km dari Kota Madinah dengan konvoi 3 kereta pagi-pagi hari Isnin kelmarin. Kami main redah je ke Yanbu’ sewaktu musim cuti sekolah ni, tak booking pun mana-mana hotel pun. Bila tiba, semua hotel yang berdepan dengan laut full.

le' fontine

la fontaine

bangunan le' fontine

bangunan la fontaine

private swimming pool

private swimming pool

Cari punya cari akhirnya bertemu dengan La Fontaine Hotel yang memang berdepan dengan laut yang membiru. Tapi cuti-cuti ni, kebanyakan tempat penginapan jadi lebih mahal. Ish, nape la kami tak angkut khemah dari awal? hehe. Tapi itu sahaja yang available. Hotel ni macam villa 3 bilik yang ada swimming pool khas untuk 3 bilik ni. Ada dapur yang lengkap dengan peralatan asas yang selesa. 3 bilik air berasingan mengikut bilik, ruang tamu yang selesa dan siap ada washing machine lagi. Bilik pun selesa. Yelah dah harga pun gitu, takkan nak sempoi je dengan customer.

kek coklat dan kuih bakar

kek coklat dan kuih bakar

nasi impit

nasi impit

Sebelum check-in kami survey port untuk lunch. Ina masak nasi impit kuah kacang yang sedap. Ummu Insyirah siap buat kek coklat dan kuih bakar lagi. Yummy…

view depan villa

view depan villa

Apa yang menarik, pantai Yanbu’ ni sangat indah. Warna air laut ada 3 peringkat yang ke semuanya membiru. Warna air laut dia lebih cantik lagi berbanding air laut di pulau-pulau berhampiran Kota Kinabalu. Tak payah tanding lah dengan warna kelabu air laut PD..hehe. Kita boleh dengan mudah melihat ikan-ikan yang berwarna-warni berenang di kawasan laut yang cetek. Yang lebih best, pihak berkuasa tempatan ada mendirikan pondok-pondok di tepi pantai untuk pengunjung bersantai. Apa yang best sangat? jarak antara pondok-pondok ini agak jauh antara satu sama lain. Jadi kita akan rasa lebih privacy untuk berkelah di tepi pantai tanpa gangguan pengnjung lain. Kalau di PD, selagi ada ruang kat tepi pantai tu, selagi boleh pengunjung nak bersesak bentang tikar berkelah. Susah untuk kita jaga aurat, jaga pandangan dan memang no privacy at all. Tabik spring dengan pendekatan kerajaan Saudi yang memang menitik beratkan privacy hatta sampai ke restoran pun, memang ada khas family section yang memang privacy untuk keluarga.

keropok lekor yang mashaAllah marvellous

keropok lekor yang mashaAllah marvellous

Menjelang petang, angin laut memang kuat. Kalau sidai kain petang tu mungkin tak sampai sejam pun boleh kering. Kami pun berkelah depan di kawasan villa kami yang memang mengadap pantai yang privacy. Yang bestnya kami dihidangkan dengan keropok lekor yang resepinya memang ori terengganu mari. MashaAllah punyalah sedap keropok lekor beserta sos homemade buatan Ummu Insyirah. Mustahil nak dapat kat baqalah sini keropok tu. Ummu Insyirah gurau kalo nak jual harga sebatang keropok lekor ni SR20 riyal…hehehe. mesti laku juga kak sebab memang bestttt.

depan villa waktu malam

depan villa waktu malam

ayam barbeque with potato wedges

ayam barbeque with potato wedges

Menjelang malam, kami makan ayam barbeque yang dah siap-siap diperap dari lepas Subuh sebelum bertolak tadi. Makan dengan coleslaw dan potato wedges. Mula-mula plan nak buat kentang putar tapi tak jumpa da yang ready made dalam kotak tu. Anyway pukul 1 pagi lebih baru lah kami siap2 nak bum..

umair with baba to be ammu fawwaz

umair with baba to be ammu fawwaz

Esoknya lepas breakfast, kami ke pantai. Inilah first time Umair sentuh laut, walaupun takut2 sikit, tapi muka still confident. Geram nengoknya si comel Umair ni. Insyirah yang nak masuk 3 tahun, yang boleh bercakap dalam 3 bahasa ( mashaAllah cerdik..) pun takut juga nak masuk air. Last-last yang berenangnya Ammu Fawwaz dan Abu Umair je lah…rasa tak jumpa jerung kan? hehe..pantai Yanbu’ ni ada ikan jaws rupanya..

Petangnya lepas check-out, saya dan hubby pun bersiap-siap balik. Ummu Insyirah, Ina dan keluarga masing2 masih teruskan percutian di Yanbu’. Selamat meneruskan percutian di Yanbu’…

to badar

to badar

On the way balik kami singgah di kawasan yang sangat bersejarah, BADAR, next-next posting kita cerita tentang ziarah di sini pula..sungguh mendebarkan..

p/s:

1) Baru sehari tak online, macam-macam berita rupanya. Adik Muhammad bagitahu yang salah satu kawasan di Kaherah kene bom..mencemaskan..semoga adik dan pelajar-pelajar Malaysia kat sana dilindungi Allah.

2) Terima kasih kepada pengunjung yang tak jemu ziarah blog yang takde apa ni, yang berminat nak order abaya saudi gambar tak siap lagi, inshaAllah dalam masa terdekat saya publish gambar. Kepada Kak Chik, komen tu masuk dalam spam lah, tak tau nape tak leh masuk ruang komen biasa..apapun tenkiu..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

29 Safar 1430@ 25 Feb 2009

Madinah Al-Munawwarah.