Saya mengenali Mama Hana ketika menuntut di universiti. Panggilan kebiasaan sebelum ini pada ialah Kak Mas, merujuk kepada namanya Mastura Mohd Salleh. Kami pernah tinggal serumah di Rumah Sumayyah, sebuah rumah sewa, banglo satu tingkat di kawasan Petaling Jaya berhampiran dengan PPUM. Di rumah itulah menyimpan pelbagai kenangan manis buat saya malah melatih saya untuk menjadi manusia soleh sementelah ramai senior-senior baik-baik pekertinya yang menjadi contoh teladan pada saya ketika menyewa di sana. Teringat lagi Mama Hana dulu seorang yang pandai memasak dan pakar menggunakan pengisian komputer, seorang yang berdikari malah dia cekap memandu kereta kancilnya yang comel itu dan salah seorang exco PMIUM yang berdedikasi dan berkaliber. Saya begitu teruja memakan masakan Mama Hana setiap kali tiba gilirannya memasak. Kini beliau menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan telah berumahtangga dengan pemuda yang soleh dan baik hati, dan telah dikurniakan zuriat bernama Raihana Izzati bt  Mohd Khairudin. Nanti balik ke Malaysia pasti saya ingin bertemu Mama Hana dan bayinya yang baru lahir sebulan lepas..Semoga Allah memberkati Mama Hana dan keluarganya.

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]

Berbalik pada tag..ish tak retinya aku nak cerita-ceriti ni hal tag neh..Saya ikut sikit-sikit (simplified version) template Mama Hana lah ye..

1) Nama Nur Izah Ab. Razak, cahayamata kepada Ab. Razak Hassan dan Zainab Rashid. Anak kedua dari 3 adik-beradik. Kakak nama Nurhayati, adik Muhammad. Zaujah kepada my beloved hubby Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff.

2) Best friend, best soulmate, best companian, best sume-sume lah, hubby tercinta. Then both my moms (seremban dan keramat), ayah2, and my beloved siblings along, adik mad, adik fawzul.

2) Berkhidmat dengan kerajaan dan terikat dengannya selama 10 tahun kerana perjanjian tajaan. (alahai…seploh tahun tu…waaaa, aik bukan ke saya suka keje gomen? Kata nak pencen umur 58..heheh)

3) Suka bercakap, peramah, senang berkawan, bersosial (Islam way) tak suka simpan-simpan dalam hati, lega bila dalam luahkan apa terbuku, tapi dah besar2 neh pandai2 le nak kene dengan adabnya…naseb baik hubby is a very good listener dan lebih matang dari saya yang macam kanak-kanak ribena.

4) Suka warna hitam sebab tak cepat kotor..hehe..kalo kete warna hitam takyah la susah2 nak basuh kereta selalu..tudung pun peberet kaler hitam sebab sy makan selalu makan comot-comot macam baby..ish camne nak pakai niqab neh, comot jek, nak cari bip takde saiz..huhuhu

3) Suka bisnes walaupun sekecil-kecil bisnes. Tambahan pula tengok arab sini yang kaya-raya senang-senang nak bagi sedekah banyak-banyak. Sini banyak muassasah yang taja student, bagi makanan (tepung, gula, minyak masak, macaroni, teh) kalau bersalin dapat bantuan hospital fees, dapat bantuan sewa rumah, dapat tiket kapal terbang balik anak-beranak percuma…macam-macam lagi. Even kerja ngn gomen saudi selalunya ada bisnes sampingan juga.

4) Mesti nak ada internet, tak ada tv takda masalah, takda internet macam cacing kepanasan dan katak bawah tempurung

5) Suka sangat surf isu terkini, paper online, parenting, susu ibu, bayi, pendidikan anak-anak dalam islam terutamanya, resepi, mukena, abaya, jubah bla-bla  dan sewaktu dengannya.

6) Suka menulis sikit-sikit walaupun tak ada skill dan bahasa pun simple sempoi je.

7) Suka kumpul jubah dan abaya

8) Suka pregnant..heheheh…rasa best je boleh solat baca Al-Quran tanpa cuti-cuti, rasa ada baby gerak-gerak dalam uterus, lepas tu sentiasa kene jaga akhlak sebab malu ngn anak dalam perut ni (nak cakap perkataan tak elok rasa bersalah sangat), pastu sentiasa ada member (baby) teman gi mana-mana, pastu tiba-tiba diri jadi disiplin nak makan supplement padahal masa tak pregnant dulu tak peduli sangat pun, moga-moga spacing saya nanti dalam julat tahun yang selamatlah..

9) Suka jalan-jalan dan travel tengok tempat orang even sarat-sarat pregnant ni, tapi kalo budget adalah..kalo tak tgk je le org lain jalan2..

10) Suka bacaan imam Sheikh Mahir Al-Mua’iqly, imam Masjidil Haram

11) Sangat suka pergi Masjid Nabawi, especially kat area raudhah, walaupun dapat duduk beberapa minit sahaja sangat nikmat…a very good therapy for my soul.

12) Suka balik rumah seremban dan keramat..my favorite place

13) Sangat suka bidang medical sampai tak tahu boleh jadi apa kalau bukan ambil line ni. Bercita-cita nak sambung peringkat pakar lepas ni inshaAllah (setelah dapat motivasi dari hubby..ish, ish tak bercita-cita besar ke aku neh?)

14) Nak tinggal selamanya di Madinah Al-Munawwarah, bolehkah?

15) Nak dapat anak ramai-ramai yang soleh, solehah. Mak Seremban penah kata, “Angah ni mesti dapat anak berderet macam askar nanti..” hehehe. Iyelah itulah harta bernilai saya bila dah kembali pada Allah satu hari nanti.

16) Nak jadi isteri, anak, ibu, adik, kakak, staff, sahabat dll yang beriman yang takut pada Allah.

Okes dah abes tag diri sendiri. Sekarang yang berikut ini silalah sempurnakan tag anda..

  • Muhammad Ab.Razak (my brother)
  • Siti fatimah
  • Muhammad Fawzul (my brother)
  • Ummu Akmal
  • Ummu Tasneem
  • Ummu Zulfa @ Dr Faridah
  • Kak Han @ Dr Zaihan
  • Ummu Aliyah Husna @ Kak Ogy
  • Cikgu Zurina

Dan semua blogger yang ada dalam list saya yang belum pernah buat tag ni. Yang lain tu Mama Hana dah tag kan? hehe. Sekian, terima kasih…

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

11 Rabi’ul Awal 1430@ 8 MAC 2009

Madinah Al-Munawwarah.