Mak,

Tidak mampu untukku balas keringatmu walau sekecil zarah sekalipun,

Maafkan segala dosa anakmu selama ini yang banyak terhimpun,

Berbillion billion terima kasih kerana melahirkanku,

Sesungguhnya begitu besar jasamu kerana membesar dan mendidikku,

Setiap hari kerinduan anakmu ini semakin menggunung,

Bagai semalam terasa baru memeluk erat tubuhmu bak bidadari terulung ,

Selalu termimpi-mimpi seolah tadi bersua muka menatap wajah redupmu,

Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat, barakah, kesihatan dan rezeki untukmu dari Yang Maha Satu,

Semoga kita akan bersua lagi tidak berapa lama,

Semoga Allah terus memasukkan mak terus ke dalam syurga,

Salam ulangtahun Yang ke 54 buat bonda tercinta..

Dan juga buat satu-satunya anak buah kesayangan saya Muhammad Adam bin Mohd Kyairul Azlin,

Selamat Hari Jadi Yang ke-5 buat Adam, (birthday sama dengan nenek…bestnyaaaa)

Semoga Adam membesar jadi anak yang yang soleh,

Yang taat pada suruhan Allah dan kedua orang tua..

Mak Ngah loves you…

p/s: Adam ni macam dah siap2 buat appointment lahir masa birthday nenek ye..heheheh…lahir beberapa minit sebelum nak masuk 20 Mac..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

22 Rabi’ul Awal 1430@ 19 MAC 2009

Madinah Al-Munawwarah.