Semakin hampir tarikh nak pulang, semakin banyak betul program yang sedang/nak dilaksanakan. Rasa tak cukup masa, nak tinggal sini lagi…plzzzzz nak tinggal sini lagi lama…

Aktiviti yang sedang dijalankan sekarang:

  1. Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran di Darul Hafizhat (pegi sekolah lah tu). Saya sangat suka pegi sekolah…hihihi..rasa sayang sangat walau nak ponteng sehari, cikgu tersangat lah best, kawan-kawan best n kelakar, baby-baby comel2…yang paling utama subjek sangat best.
  2. Usrah Mutazawwijin Malaysia-Madinah (happy-happy jumpa kawan-kawan n naqibah pun baik je…ummu insyirah jgn maree..huhu)
  3. My Beautiful Abaya Business (alhamdulillah sambutan very hooot, terima kasih kepada semua pengedar)
  4. Pregnant..aktiviti paling best..hehe
  5. Etc etc etc

Aktiviti yang akan datang:

  1. Kelas Al-Quran dengan zaujah Sheikh Omar
  2. Kelas Hadith (ni mak tam ajak tapi tak sure lagi nak pegi ke tak sebab time full)
  3. Hari Gerai PPM Khamis ni, nama sebenar program ni apa ye.. (kami suami isteri buka 1 gerai…huhuhu..gerai jual nasi ayam lemon, nasi ayam sambal, nasi ayam kicap madu dan air soya, mari beli ramai-ramai, kondifen je sedap..ish ish)
  4. Prepare barang-barang nak bersalin, anyway sekarang pun dah 32 minggu, ish ish kejap je..sy pegi sekolah naik bas turun bas sekali dah semakin membesar perut neh..
  5. Recall n study balik ur true line…medicine medicine medicine..nak balik dah ni…nak keje balik dah..huhu
  6. Etc etc etc

Setiap hari pegi sekolah naik bas. Jadi tengok macam-macam ragam kawan-kawan ni ngn anak2 mereka. Ada sorang org Chad ni, Ummu Muhammad sedang pregnant dekat term dah, dia angkut anak dia Muhammad 2 tahun lebih macam pegang plastik kat supermarket, selamba sebelah tangan je, Muhammad pun ok je nampak. Sampai kat pintu rumah derang, Ummu Muhammad main campak je anak dia kat depan pintu dan dia pegi baqalah (kedai runcit) sebelah rumah dia. Aiseh..selambanyaa…hihi. Tapi Ummu Muhammad ni mashaAllah fasih bahasa Arab, Inggeris, Perancis, bahasa Ibunda dia dll.

Dalam kelas saya sekarang ada beberapa ibu mengandung juga sama macam saya. Sauda’ selalu mengadu dia pening kepala..lepas tu dia tak tau pula bila due, aiyoo..apa macam ni, so saya pun periksa lah dia dengan equipment yang sangat limited nak pastikan dia punya blood pressure etc stabil. Seorang lagi Frankes, ada history of pre-term delivery masa pregnant Abdul Rahman at 32 weeks (now Abdul Rahman 7 months plus), dia kata dia demam masa tu, ada chorioamnionitis keh? So sekarang dia selalu ngadu yang perut dia sakit-sakit , saya nak tanya contraction pain dia tak paham, puas maryam dari Brazil buat lakonan muka sakit perut nak bersalin (nak tunjuk contraction pain la tu..hihi..), tapi Frankes tak faham..adussss..nak tanya cikgu dia tak faham English..adehhh..macam-macam le kawan-kawan saya ni…so as usual khidmat kesihatan ringkas diadakan dalam kelas hari tu masa time rehat…hehehe..kelakar-kelakar..tapi saya suka dapat berkhidmat di mana saja saya berada..Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan kami semua nak semasa hamil ni dan dipermudahkan kami untuk bersalin nanti, dan baby-baby kami sihat walafiat..amin.

Nak ucapkan tahniah juga pada pasukan bola sepak Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah yang jadi juara bola sepak hari tu. Next time boleh menang lagi…yeaayyy, alhamdulillah. Tenkiu juga bawa balik kicap n sos cili mudim, namun yang sedihnya barang-barang lain dah expire lah, ini makanan, bukan benda lain, membahayakan kesihatan betul, kesian student, nape la orang yang berkenaan ni bagi musa’adah pada student gini? Ingat student ni low standard ke ? Sepatutnya bagilah benda-benda yang elok, makanan yang berkhasiat untuk student…ish ish….

Sekarang jarang tulis banyak-banyak pun..busy sket kebelakangan ni..hehe. tapi tak lah busy macam masa kerja dulu..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

26 Rabi’ul Awal 1430@ 23 MAC 2009

Madinah Al-Munawwarah.