logo-ppm

logo-ppm

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM) yang telah berjaya melancarkan blog rasmi bagi persatuan baru-baru ini.

Blog rasmi PPM Madinah:

http://ppmmadinah.blogspot.com/

Berikut merupakan sebahagian dari petikan blog yang menceritakan tentang sejarah penubuhan PPM di Madinah, Arab Saudi.

The PPM-A Historical Review

PPM adalah singkatan bagi Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah. Berteraskan kepada visi dan misi yang telah disepakati, PPM menjadi sebuah pertubuhan yang manjadi wadah naungan mahasiswa-mahasisiwa Malaysia di bumi barakah al-Madinah al-Munawwarah. Sasaran utama PPM adalah golongan mahasiswa Universiti Islam Madinah.

PPM adalah sebuah pertubuhan berdaftar dan bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Arab Saudi yang berpusat di Riyadh. Namun kebanyakkan aktiviti PPM lebih didukungi oleh Konsulat Besar Malaysia yang bertapak di Jeddah.

SEJARAH DAN KRONOLOGI PENUBUHAN

Pada tanggal 2 Jumad Al-Thani 1381H bersamaan 10 November 1961, Universiti Islam Madinah telah memulakan sesi pengajiannya yang pertama

17 Sya’ban 1381H bersamaan 17 Januari 1962 : Jawatankuasa penubuhan persatuan pelajar telah dibentuk

10 Rabi’ Al-Awwal 1382H bersamaan 11 Ogos 1962 : Persetujuan untuk menubuhkan sebuah persatuan pelajar telah disepakati dengan nama Persatuan Pelajar Malaysia Madinah. Pada tarikh yang sama, Haji Mohd As’ad telah dilantik menjadi Yang di-Pertua yang pertama

23 Zulkaedah 1390H bersamaan 20 Januari 1971 : Nama Persatuan Pelajar Malaysia Madinah telah ditukar kepada Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah

Pelancaran blog rasmi PPM telah dirasmikan oleh Konsul Pendidikan Malaysia di Arab Saudi, Ustaz Muhd Radhi Hamzah pada tanggal 2 April 2009 yang lalu.

Semoga PPM Madinah akan terus cemerlang memacu kejayaan ummah seiring dengan teknologi dunia moden hari ini.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

10 Rabi’ul Akhir 1430@  6 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.