1) Banyak perkara menarik yang berlaku, tapi tak update blog pun sebab rasa berat je nak menaip. Malas nak transfer gambar, nak tukar size gambar nak upload gambar, padahal dah penat amik gambar, macamana la En. Kamitaken boleh jadi tersangat rajin upload gambar, mashaAllah kagum. Nantilah tunggu midterm holiday nanti ke, bila-bila rasa nak upload gambar-gambar terkini.

2) Gulai maman, gulai cendawan kering, cili api, serai,tempe, kerisik  imported dari N9 dah selamat sampai, I LOVE U MAK..

3) Dapat lukisan tapak tangan anak buah kesayangan yang terlalu mak ngah rindu, rasa terharu sangat dapat lukisan dari Adam tu, nanti mak ngah scan lukisan Adam tu, mak ngah sayang Adam..

4) Usrah Mutazawwijin berjalan macam biasa tadi, tak sempat nak update blog umum ustah, hantar sms je, memang saya suka pergi usrah ni, very informative. Anak-anak Madinah pun dah membesar dengan jayanya, Akmal dah stop BF, nak bagi chance kat adik ye, pastu Umair dah boleh berjalan dengan penuh konfiden, Nusaibah dah pandai pegang botol susu sendiri..caiyok semua..semoga membesar jadi anak soleh solehah.

5) Buat antenatal check-up lagi dengan Obstetrician Prof Dr Safa, ambil darah for full blood count, calcium level, urine for UFEME, alhamdulillah semua khair. Dr Baha, radiologist, buat transabdominal sonography, our baby grows well, correspond to date, gender pun dah nampak, moga dipermudahkan segala urusan kami di sini. Amin. Berseri-seri muka Mr Fawwaz tengok anaknya kat skrin…

6) Tengah menanti tempoyak dari mak keramat…Madinah takde durian daa, berselera tengok lauk-pauk N9 di blog Abu Zahra (Mr PTD Azral, org kuat duta..hihi), omak ee masak sodap-sodap bawak kek Riyadh tu..meleleh air liur den.Terima kasih pada Abu Zahra dan keluarga yang singgah ke rumah tempohari, nanti jemput datang lagi.

7) Abaya sedang dalam proses packing, berpuluh-puluh kilo gamaknya ni..inshaAllah I’ll contact the distributors soon..

8 ) Mabruk pada Sauda Uzbekistan, kawan sekolah yang dah selamat bersalin anak ke-4, pagi sebelum bersalin tu sempat lagi datang sekolah, sekali saya cek dah ada strong contraction daaaa…cepat call suami kamu, pergi hospital alattuuuuuulllll..hihihi

9 ) Ada ekspo buku kat Universiti Tayyibah pula untuk sebulan ni, dengar banyak buku best-best, mari memborong buku…

10) Dalam usaha nak bagi perabih tepung musa’adah, buat kek cokolat, cekodok, swissroll…nape ye tak abih-abih ni..

11) Masjid Nabi sekarang ramai sangat orang datang ziarah, tepi-tepi tong air zam-zam pun penuh sangat,dengan jemaah apalagi kat Raudhah tu..macam nak berperang nak masuk Raudhah….

12) Hampir nak masuk 34 minggu ni, maknanya lepas cuti mid-term nanti saya dah TERM (cukup bulan)..tapi nak pergi sekolah juga, moga Allah mudahkan.

13) On the way packing beg hospital, beg baby, cuci baju selimut towel baby…busy busy..konon la busy..

p/s: bagi point penting je kali ni, bila-bila ada rezeki baru full posting, nak buat rojak petis la, nyummyyy..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

20 Rabi’ul Akhir 1430@  16 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.