Esok hari terakhir sekolah sebelum cuti midterm. Sedar tak sedar dah separuh semester saya belajar di Darul Hafizhat. Waktu memang seakan berlari acara pecut sekarang. Pengalaman yang sangat berharga dan menyeronokkan. Berharap sangat dapat teruskan pengajian tapi apakan daya saya perlu pulang. Ada banyak tugas yang perlu digalas kelak.

Ketika menunggu suami menjemput saya balik dari sekolah di kelas Mustawa Awwal, tiba-tiba Maimunah dari Ghana tergesa-gesa memanggil saya dengan muka cemas, katanya Abla Shahinaz mahu berjumpa dengan saya. Ingatkan ada sesiapa yang pengsang atau ada apa-apa kecemasan, rupanya Abla Shahinaz mahu menganjurkan jamuan kelas sebelum cuti. Buat cemas je Maimunah ni..ish ish..Semua pelajar diwajibkan membawa makanan atau minuman untuk jamuan kali ini. Terus saya teringat pisang yang ranum masak dalam peti sejuk di rumah, buat banana cupcake lah, dah lama tak merasa kek pisang, lagipun dapat habiskan tepung kat rumah yang berkilo-kilo lagi ni. Lagi satu bolehlah balas balik makanan yang Ummu Akmal bagi hari tu, cedaappp bubur yang Ummu Akmal mask..nyum nyum..tenkiu kak

cupcake

banana cupcake

Banana Cupcake Darul Hafizhat

Bahan-bahan

4 biji pisang ( saya tak tau nama pisang ni apa, tapi saiznya sederhana)

2 1/2 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir

1 cawan minyak masak sayur (saya guna minyak bunga matahari)

3 biji telur ayam

1 s/k vanilla essence

1 s/k soda bikarbonat

1 s/k baking powder

Pewarna hijau dan merah dan chip choc untuk hiasan.

Cara-cara

1) Putar gula dan telur sampai kembang, campurkan vanilla essence dan putar lagi

2) Hancurkan pisang, gaul dengan minyak, baking soda dan soda bikarbonat hingga sebati

3) Campur 1 dan 2

4) Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga habis ke dalam 3

5) Bahagi adunan kepada dua bahagian untuk pewarna (kalau malas, boleh bakar je terus dalam oven sampai step sebelum letak pewarna, tak perlu hias2)

6) Ambil 1 s/b adunan warna merah, dan 1 s/b adunan warna hijau, letakkan dalam kertas cupcake, ambil lidi, kacau adunan dalam bekas cupcake tu, tabur chip choc.

7) Bakar 180 degree c, selama 20 minit, siap..yummy

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

26 Rabi’ul Akhir 1430@  22 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.