sambal tempoyak cili api

sambal tempoyak cili api

“Hari ni kita makan nasi hana’ nak?” suami mencadangkan.

“Aaaaaaa, boleh-boleh, tapi kalau makan nasi hana’ tu letak tempoyak mesti lagi sedap..” jawab saya sambil tersengih.

Hihihi, saya dah tak larat nak telan makanan arab ni. Dulu sebelum pregnant memang suka. Suka nasi hana’ (nasi di kedai hana’, selalunya hubby beli nasi bukhari), suka roti tames (roti masih suka lagilah), suka ayam bakar atas batu, suka kibdah goreng, suka sup kaki kambing, suka syawarma etc etc..Tapi dah lama-lama kembang pulak tekak ni bila telan makanan arab ni. Mak Seremban kesiankan anaknya yang seorang ni maka mak hantarkan gulai maman yang dah hampir setahun tak makan dengan jiran saya yang datang umrah.  Untung Along boleh makan mak masak selalu. Kesian jugak kat adik saya seorang di Mesir tu. Takpa-takpa, balik nanti siapla..hihi.

Masa mengandung ni, selera saya menjurus ke arah makanan kampung. Kalau ada di Malaysia tu boleh tahan lagi, kat sini mana nak raba semua tu? Ish ish, parah. Selalu teringat nenek masak, mak masak. Sambal belacan, sambal gesek, cencaluk, budu, ikan masin goreng berlada, gulai itu dan gulai ini, dan yang paling saya minat tempoyak. Takpa, walaupun kat Madinah, saya bertekad masak masakan kampung dengan apa yang ada. Cari punya cari, sekali tak jumpa sebiji durian pun kat Madinah ni, apalah orang arab ni, tak ada citarasa makan makanan yang lazat betul..huhu.

Mak keramat tahu berita ni, maka dengan segala susah payah mak usahakan beli durian yang manis-manis untuk dijadikan tempoyak gred A (eh ada gred ke?). Hai rasa terharu, gembira, tapi bersalah susahkan mak-mak saya di tanahair. Kemudian mak kirimkan tempoyak tu dengan kawan mak yang datang umrah. Nasib baik duduk Madinah, kalau duduk Russia ke Kutub Utara ke, Mauritania ke siapa nak bawakan? Kan haru..

cili api dan tempoyak

cili api dan tempoyak

Maka dengan kuasa Allah, cili api N9 dan tempoyak KL sudah sampai ke rumahku di Madinah. Saya rasa inilah makanan paling sedap yang berada kat Madinah sekarang ni. Betul, tak tipu ni, hihihi. Maka projek-projek masakan kampung berasakan tempoyak berjalan dengan rancaknya..

Saya memanipulasi tempoyak ini untuk buat sambal ikan bilis tempoyak, ayam masak lemak cili api tempoyak, nasi goreng tempoyak, tempoyak+cili api..aaa apa lagi ye boleh buat dengan tempoyak ni? Nikmaaaatttttnya…

sambal ikan bilis tempoyak

sambal ikan bilis tempoyak

nasi goreng tempoyak

nasi goreng tempoyak

gulai tempoyak

gulai tempoyak

Ayam Masak Lemak Cili Api Tempoyak N9 di Madinah

Bahan-bahan

6 ketul ayam

1 paket serbuk santan

2 s/b tempoyak

15 biji cili api (lagi pedas lagi kawww)

Kacang buncis

1 s/k serbuk kunyit (kalau guna kunyit hidup lagi sedap)

2 batang serai dititik

Garam secukup rasa

Cara-cara

1) Masukkan ayam, air kosong 3 cawan, cili api ditumbuk lumat, serai dan serbuk kunyit

2) Bila mendidih, masukkan santan (serbuk santan dibancuh dengan sedikit air), tempoyak, garam

3) Lepas beberapa minit masukkan kacang buncis, biar menggelegak

4) Siap untuk dihidang, simple sangat masak lemak cili api N9, tak perlu bawang semua tu, tapi rasa dia marvellous, makan dengan nasi panas, heavennnn…

p/s: kasih ibu membawa ke syurga, saya terlalu rindu dengan mak-mak saya di seremban dan keramat…terima kasih mak, semoga Allah terus masukkan mak ke syurga..Amin.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

27 Rabi’ul Akhir 1430@  23 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.