Ekspo Buku Antarabangsa atau lebih lebih dikenali sebagai Pesta Buku Antarabangsa di Malaysia selalunya akan dianjurkan di PWTC setiap tahun. Saat inilah yang paling dinantikan oleh saya dan keluarga setiap tahun. Selalunya duit simpanan saya habis beratus-ratus sewaktu zaman sekolah dulu untuk memborong buku-buku yang diminati di ekspo tersebut, tak cukup lagi mak ayah akan bagi lagi duit asalkan kegunaannya untuk membeli buku. Waktu kecil-kecil dulu, ayah kerapkali membeli buku-buku berkulit tebal yang cantik-cantik di ekspo tersebut, ada kartun yang berwarna-warni untuk kami baca di rumah. Memang seronok pergi ke ekspo buku dengan ayah pada waktu itu. Ayah selalu beli buku berset-set seperti Siri Kisah Nabi, kisah-kisah sahabat, set buku cerita tulisan jawi dan banyak lagi set-set bacaan yang kini tinggal di rumah, menanti untuk cucu-cucu ayah membacanya pula. Tidak cukup dengan itu, ayah melanggan majalah Islam kanak-kanak yang menjadi kegemaran saya dan along, antaranya majalah Al-Ain, majalah Comel dan lain-lain lagi. Yang pasti, along telah membaca semua buku berkenaan berulang-ulang kali, saya hanya baca sikit-sikit mana yang saya minat selebihnya lihat gambar dan kartun sahaja..🙂

ma'radh

ma'radh

Alhamdulillah kali ini saya dan suami sempat berkunjung ke Ma’radh Al-Kitab yang ke-26 (sesi 1430 Hijrah/2009 M) yang dianjurkan di perkarangan Universiti Islam Madinah. Ma’radh Kitab yang bermaksud Ekspo Buku ini telah membuka peluang untuk  segenap lapisan keluarga pada hari-hari tertentu. Ini bermakna ada hari-hari tertentu, seluruh ahli keluarga (peluang untuk muslimah) menyertai ekspo ini. Jamiah Islam Madinah menghadkan kemasukan pelajar/ golongan lelaki sahaja ke dalam kawasan universiti. Rasa seronok pula dapat jejakkan kaki dengan baby saya kali ini. Mudah-mudahan anak-anak saya nanti akan sambung belajar di sini pula.

Suami banyak borong buku-buku, berkotak-kotak. Susah nak dapat di Malaysia katanya. Buku-buku itu semua dalam bahasa Arab. Saya mampu menganga sahaja bila membuka buku-buku tersebut. Selalu juga nak baca tajuk pun saya perlu tenung lama-lama, nak bagi faham perkataan. Hihi..inilah nasib orang yang tak pandai bahasa Arab.Hanya dua ke tiga buah booth yang menjual buku bahasa Inggeris. Terus saya teruja, macam-macam jenis. Harganya jauh lebih murah terutama terbitan Darussalam dan beberapa buku yang pernah saya beli di Saba’ Islamic Media di tanahair. Buku tulisan Dr Aidh Al-Qarni juga pelbagai, ada yang dalam bahasa Inggeris, Perancis dan malah bahasa Indonesia! Antara buku yang beliau yang sangat terkenal bertajuk Don’t Be Sad, sebuah buku yang membina jiwa. Dulu suami pernah menghadiahkan beberapa buah buku tulisan Dr. Aidh Al-Qarni, memang buku itu memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan saya, antara tajuk buku yang diberi You Can Be The Happiest Woman In The World. Saya balut buku itu rapi-rapi sebab saya cintakan si pemberi buku itu lillahi ta’ala…wink wink..hihi.. Ahabbakallazi ahbabtani lahu..

kisah haiwan dalam Al-Quran

kisah haiwan dalam Al-Quran

Seperti zaman kanak-kanak dahulu saya akan mancari buku-buku yang menarik, bewarna-warni untuk dibelikan khas untuk si kecil dalam uterus saya ini, dan mama nya pun boleh tumpang sekaki nak baca buku-buku ini. Nanti balik ke Malaysia sukar pula untuk mendapat koleksi buku dalam bahasa Arab khas untuk anak-anak saya kelak. Saya membeli satu set kisah haiwan-haiwan yang terdapat dalam Al-Quran sangat comel dan harganya juga berpatutan.

alternative game for playstation

alternative game for playstation

Kami tertarik dengan dua set perisian komputer yang boleh dimainkan di komputer, DVD/CD player malah dengan Playstation yang bertajuk (setelah dialih ke bahasa Melayu)  Kehidupan Sehari-sehari Seorang Mu’min dan Kisah-Kisah Para Nabi. Sekurang-kurangnya anak-anak boleh dididik dengan game yang mendidik minda dengan playstation! Harganya juga sangat murah setelah diberi diskaun 50% khas untuk ekspo buku kali ini.

human right in Islam

human right in Islam

the muslim home 40 recommendation

the muslim home 40 recommendation

Suami turut membelikan saya sebuah buku yang sangat menarik untuk bacaan yang bertajuk Human Right In Islam (Dar Eshbella). Wah, teruja betul saya membacanya. Buku-buku yang lain yang saya beli (suami belanja lah, orang cuti tanpa gaji mana ada duit..hihi)  ialah Kindness To Parent (Darussalam), The Muslim Home Recommendation (International Islamic Publishing House, IIPH), Rulings Pertaining To Muslim Women (Darusslaam), Three Essays On Tawheed (IIPH) dan beberapa lagi buku yang sangat menarik.

hubby's books collection

some of the hubby's books collection

Tak sabar pula kali ini nak berkunjung ke Ekspo Buku Universiti Tayibah yang berhadapan dengan Universiti Islam Madinah. Dengarnya lagi banyak buku-buku yang menarik dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah kita borong buku lagi ye sayang..hihihi..tenkiu tenkiu sooo much.

p/s: Saya kagum dengan beberapa booth yang dimiliki oleh muassasah beberapa ulama’ terkemuka seperti Sheikh Bin Uthaimeen, Sheikh Albani, Sheikh Bin Baaz, kerana semua kitab/buku/kaset/CD/video/risalah yang pernah dihasilkan oleh ulama’-ulama’ berkenaan dihimpunkan di booth tersebut. Satu booth tersebut khusus untuk seorang ulama’. Jika di Malaysia kita boleh wujudkan booth yang sedemikian di ekspo buku antarabangsa Kuala Lumpur khusus untuk ulama’ tempatan alangkah bagusnya. Walaupun mereka telah mengadap Allah, pahala terus mengalir seperti air sungai yang laju untuk mereka, mashaAllah. Namun saya rasa kita di Malaysia masih ketinggalan. Kecintaan pada Ulama’ masih kurang, ramai yang tidak mengenali Rasulullah apatah lagi untuk mengenali ulama’ pewaris Nabi. Yang tumbuh bak cendawan adalah novel-novel cinta jiwang karat, majalah hiburan artis, buku XXX yang membunuh jiwa. YA Allah, selamatkanlah bangsa dan tanahair ku…

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

1 Jumadul Ula 1430@  26 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.