Malam tadi (pagi sebenarnya), menjelang jam 2.30 pagi saya belum lagi boleh tidur. Semenjak seminggu dua kebelakangan ini, penyakit sukar untuk tidur telah menjangkiti saya. Padahal sebelum ini letakkan sahaja kepala ke bantal nescaya saya akan tidur dengan nyenyaknya. Bahagian lower lumbar atau bahasa orang awamnya bahagian belakang saya sakit dan lenguh-lenguh. Bayi sulung kami aktif, suka main bolasepak dalam uterus mama nya, sekali buat sepakan penalti, anak mama ni turut menekan pundi kencing mama, maka saya akan kerap ke tandas untuk mengosongkan pundi itu. Asalkan anak mama sihat, kalau bergerak-gerak hati mama akan senang, rasa tak keruan pula jika dia tak bergerak dalam jangkamasa yang lama. Jika tidur terlentang saya sesak nafas. Bayi sudah membesar memenuhi ruang abdomen saya. Sukar untuk otot diaphragm saya turun naik seperti dahulu. Jika saya tidur mengiring, sendi pinggul dan lower lumbar pula akan menjerit sakit. Selang beberapa minit saya perlu menukar posisi, pergi tandas, maka bilanya saya akan tidur?

Bermula dua hari lepas, bertambah satu lagi cabaran saya sebagai bakal ibu. Tiba-tiba saya rasa seluruh abdomen jadi keras. Rasa sakit perut seperti memulas. Tapi boleh ditahan lagi kesakitan itu, sikit sahaja. Saya palpate abdomen, suami turut palpate abdomen,

“Kerasnya perut ayang ni? Semua jadi keras…ini ke contraction, bahaya ke, sakit tak, baby gerak tak?” Muka suami nampak cemas dalam kelam-kelam malam itu, iyelah, mana tak cemas, kereta kami sekarang ada di bengkel, macamana nak pergi hospital pagi-pagi buta ni, kawan-kawan suami yang ada kereta pun kebanyakan dah pulang ke Malaysia, telah tamat pengajian, ha..ada alternatif, naik kambing @ teksi sapu atau naik motor Syahid..hihihi..

“Tak sakit sangat, bearable lagi, ni Braxton Hicks contraction, false contraction, boleh berlaku banyak sebab…” Saya tersenyum lantas bangun untuk ke dapur untuk mengambil dadih..hihihi..sempat rilek lagi sambil makan dadih perisa jagung homemade. Mana dapat kat pasar malam Madinah, erm..pasar malam pun tak ada di sini.

Braxton Hicks Contraction

What is the definition of Braxton Hicks Contraction?

Is a “False labour”; contractions that occur with variable frequency and do not cause progressive cervical dilatation and effacement. Can begin as early as 2 nd trimester (Obstetric and Gynaecology Recall, Lippincott Williams & Wilkins)

How we can describe Braxton Hicks contraction?

It can be described as;

  • Irregular in intensity
  • Infrequent
  • Unpredictable
  • Non-rhythmic
  • More uncomfortable than painful
  • They do not increase in intensity, or frequency
  • They taper off and then disappear altogether

What triggers Braxton Hicks contraction?

  • When you or the baby are very active
  • If someone touches your belly
  • When your bladder is full
  • After intercourse
  • Dehydration

What can I do to alleviate Braxton Hicks contraction?

  • Change positions; lie down if you have been standing or go for a walk if you have been sitting or laying
  • Take a warm bath for 30 minutes or less
  • Drink a couple of glasses of water, because contractions may be brought on by dehydration
  • Drink a warm cup of milk

Reference

  1. http://www.americanpregnancy.org/labornbirth/braxtonhicks.html
  2. William’s Obstetrics Twenty-Second Ed. Cunningham, F. Gary, et al, Ch. 17.
  3. Mayo Clinic Guide To A Healthy Pregnancy Harms, Roger W., M.D., et al, Ch. 11.
  4. Obstetric and Gynaecology Recall, Lippincott Williams & Wilkins

p/s: drink a lot of water may reduce the triggering of Braxton Hicks, but u may go to toilet more often, dear mommies..choose one..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Dr. Nur Izah Ab. Razak

3 Jumadul Ula 1430@  28 April 2009

Madinah Al-Munawwarah.