hospital checklist

hospital checklist

Saat untuk permata hati saya keluar dari uterus mamanya sudah semakin hampir, sekarang saya sudah 37+ minggu, maknanya saya mesti bersedia bila-bila masa untuk bersalin. Mak kata sekarang ni saya sudah wajib ‘ready’ dengan segala kelengkapan untuk untuk melahirkan di hospital. Maka saya kenelah bersiap-siaga (macam nak berperang pula..) dengan beg ibu dan beg baby, supaya jika tiba masanya, suami terus capai sahaja beg-beg yang diperlukan ini.

rujukan

rujukan

Terima kasih tak terhingga kepada Mak Seremban dan Mak Keramat, my sis, family, friends, mutazawwijin Madinah dan semua yang membantu dalam menyediakan checklist ringkas keperluan yang di bawah. Saya turut membeli sedikit buku untuk persediaan menyambut kelahiran dan surf di beberapa laman sesawang untuk tulisan posting kali ini sebelum hamil lagi, kerana semangat yang berkobar-kobar untuk hamil dan melahirkan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa.

Checklist ini pun adalah senarai yang amat ringkas, supaya beg tak berat sangat untuk diangkut ke hospital, mudahlah sikit baba nak angkat barang-barang yang tak berat sangat. Kesian baba, dah dekat nak exam final, mama pula nak bersalin, jauh dari famili pula tu, Allahu Musta’an….

Mudah-mudahan ia boleh membantu memberi panduan sedikit sebanyak bagi ibu yang baru pertama kali membuat persediaan menyambut kelahiran permata hati.

baby's stuff

baby's stuff

My Baby’s Simple Diaper Bag Checklist

  1. Alas untuk menyalin lampin
  2. 10 helai lampin pakai buang/ lampin biasa beserta lapik plastik (jika ada cloth diaper lebih baik)
  3. Baby wipe (tisu basah)
  4. Krim diaper
  5. 4 atau 5 set baju dan seluar bersih
  6. 2 pastik beg / 1 water proof bag untuk lampin/baju/kain yang kotor dan basah
  7. 3 helai kain muntah
  8. 1 Baju sejuk dan 2 topi
  9. 1 Selimut yang ringan
  10. 1 Tuala mandi bayi
  11. 3 stoking kaki dan sarung tangan bayi
  12. Minyak telon, mandian bayi, losyen, bedak, minyak bayi etc (boycott Johnson2)
  13. Barut bayi (3 helai)
mama's stuff

mama's stuff

Mama’s Simple Bag Checklist

  1. Mama and Baba’s IC (Jika di Malaysia)
  2. Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (Jika di Malaysia)
  3. Telefon Bimbit & Kamera
  4. Al-Quran
  5. Buku/Majalah
  6. 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse
  7. 2 Kain Batik
  8. 1 Sweater
  9. 1 Tudung
  10. Pakaian Dalam
  11. 2 Stoking Kaki Tebal
  12. 1 Tuala Mandi
  13. 2 Tuala Muka
  14. Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc)
  15. Kurma
  16. Air Zam zam
  17. Maternity Pad

p/s: Dr Johari Mat, Dr Fauzi Deraman dan beberapa tokoh dari Malaysia yg merupakan graduan universiti dari Arab Saudi akan bagi talk di jamiah, oh alangkah bestnya dapat join, ish tapi saya tak dapat dengar pun, muslimin sahaja…lgpun mana la faham bahasa arab orang universiti ni, peringkat budak sekolah boleh la sikit2..hihihi..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Nur Izah Ab. Razak

17 Jumadul Ula 1430@  12 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.