Seronok dapat jiran tetangga (dan mutazzwijin Malaysia) yang pandai-pandai masak ni. Bukan apa, kadang-kadang tu ada terasa nak makan itu ini lah tapi disebabkan ketidakpandaian saya memasak maka hasrat itu dipendam sahaja.

pau ina

pau ina

Hari tu saya dapat kuih pau dari Ina. Sedaaaaapppp…mashaAllah…macam Tanjung Malim punya pau laaa…

nasi salik

nasi salik

Ada satu hari tu Tok Don masak nasi salik..lazat tak yah ceritalaa..

pulut kuning rendang ayam dan kek coklat

pulut kuning rendang ayam dan kek coklat

Beberapa hari lepas Allah bagi rezeki lagi, Ummu Akmal telah mengirim kek coklat, pulut kuning dan rendang ayam..haaa..mana nak dapat kat kedai makan Madinah ni…macam orang kampung den masak..alhamdulillah.

Minggu-mingu lepas budak-budak bujang ni, Aizat dan Pojie kirim spagetti goreng yang rasanya boleh dibanggakan, terima kasih…(gambar tak sempat ambil, dah licin dulu)

keropok, donut dan apam

keropok, donut dan apam

Masa hari usrah yang terakhir hari tu, kami suami isteri dapat makanan sekaligus dari 3 mutazawwijin, Izzah bagi keropok ikan terbang khas dari Kelantan sedaaap dah abes separuh bungkus dah digoreng, Ummu Insyirah buat apam yummy dan Ina bagi donut yang lembut lagi gebu…hihihi..seronotnyaaaa…jazakallahu khair tetanggaku..

Ha, pinggan-pinggan mangkuk tu bila mau pulangkan? Hihihi..sooon..tapi nak kirim apa ye?

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Nur Izah Ab. Razak

18 Jumadul Ula 1430@  13 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.