tokoh dari Malaysia

tokoh-tokoh

Persidangan Alumni Universiti-Universiti Arab Saudi yang ke-3 di Universiti Islam Madinah (UIM) telah dianjurkan pada 11-13 Mei 2009 bersamaan 16-18 Jumadul Ula 1430 Hijrah. UIM telah menjemput tokoh-tokoh dari  negara-negara Asia yang pernah menuntut di universiti-universiti Arab Saudi termasuk dari Malaysia.

Malaysia telah diwakili oleh Dr. Johari Mat (M.A Riyadh), Dr. Ahmad Najib Abdullah (B.A, M.A, Ph.D Madinah), Dr. Habiburrahman Ibramsa (B.A Madinah), Dr. Fauzi Deraman (M.A Riyadh), Dr. Ashraf Hashim (B.A Madinah).

Persidangan ini turut menjemput wakil-wakil dari negara-negara Asia yang lain seperti Dr. Muhamad Hidayat Nur Wahid (Ketua Majlis Musyawarah Rakyat Republik Indonesia, kalau di Malaysia dipanggil Speaker Parlimen seperti Tan Sri Pandikar Amin), Dr. Ahmad Hulayil (bekas Menteri Waqaf Jordan, kini sebagai Qadhi al-Qudhah** Jordan), menteri, duta, pensyarah, imam, dan lain-lain lagi yang mewakili negara masing-masing dari seluruh asia.

Pada sebelah malamnya pula selepas berlangsungnya majlis penutup alumni, PPM telah menjemput tokoh-tokoh Malaysia ke rumah PPM untuk mengadakan perjumpaan bersama dengan para Malaysia yang menuntut di Madinah. Kesemua tokoh telah diminta untuk memperkenalkan diri dan memberikan sedikit nasihat.

dr habiburrahman

dr habiburrahman

Dr. Habiburrahman Ibramsa (B.A Madinah) pensyarah UIA

dr ahmad najib

dr ahmad najib

Dr. Ahmad Najib Abdullah (B.A, M.A, Ph.D Madinah) pensyarah di Akademi Islam UM

dr johari mat

dr johari mat

Dr. Johari Mat (M.A Riyadh) yang merupakan bekas pensyarah UM dan sekarang menjawat jawatan Ketua Eksekutif KIAS

dr radhi

dr radhi

Dr. Radhi Othman (B.A, M.A, Ph.D Madinah), pensyarah USM yang datang umrah secara kebetulannya dijemput sekali untuk memeriahkan majlis.

dr fauzi deraman

dr fauzi deraman

Dr. Fauzi Deraman (M.A Riyadh) pensyarah UM

dr asyraf

dr asyraf

Dr. Ashraf Hashim (B.A Madinah) pensyarah UIA dan anak kepada bekas Mufti Wilayah Dato’ Hashim Yahya.

**Penggunaan yang paling tepat hanyalah untuk Allah sahaja.

p/s: Kempen Mari Mengenal Ulama’ telah kembali….

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Nur Izah Ab. Razak

20 Jumadul Ula 1430@  15 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.