Terima kasih kepada suami dan adik saya yang telah memberi respon yang menggalakkan mengenai isu ini dengan membekalkan beberapa buku rujukan dan telah menulis artikel khusus yang berkaitan dengan topik yang diutarakan. Berikut merupakan artikel Ustaz Muhammad berkaitan dengan isu darah nifas yang juga dirujuk di blog nya di

http://muhammad1987.blogspot.com/2009/05/nifas.htmlNifas disisi para ulama:

NIFAS
Nifas disisi para ulama:

1)Syafi’iyyah mengatakan nifas adalah darah yang keluar diakibatkan(selepas) daripada bersalin.Manakala darah yang keluar semasa bersalin atau sebelumnya, tidak dikiras sebagai nifas, sebaliknya dikira darah fasad(penyakit) atau darah istihadhah(Mughnil muhtaj : 1/119,Hasyiah Al-Baijuri : 1/113, Al-Mu’tamad fil fiqh as-syafi’e : 1/125, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

2)Hanafiah mengatakan nifas adalah darah yang keluar diakibatkan bersalin.Pendapat ini seolah-olah sama dengan pandangan fuqaha’ syafi’iyyah.Walau bagaimanapun terdapat sedikit penjelasan yang lebih mendalam(tafshil) berkenaan hal ini menurut hanafiah,iaitu seandainya darah itu keluar bersama sebahagian besar dari bayi,maka ia dikira sebagai nifas.Manakala seandainya darah itu keluar bersama sebahagian kecil dari bayi, ia dikira sebagai darah fasad.(Kitab Al-Fiqh ‘ala mazahib al-‘arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

3) Malikiah berpendapat, nifas adalah darah yang keluar bersama-sama bayi semasa bersalin dan selepasnya.Manakala darah yang keluar sebelumnya dikira sebagai haidh disisi mereka. (Kitab Al-Fiqh ‘ala mazahib al-‘arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

4)Hanabilah pula berpandangan, nifas adalah darah yang keluar disebabkan bersalin dan juga sebelumnya dalam tempoh dua atau tiga hari dengan disertai tanda-tanda hendak bersalin(kontraksi). (Kitab Al-Fiqh ‘ala mazahib al-‘arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

Kesimpulannya,para ulama’ terbahagi kepada 3 mazhab dalam menerangkan maksud nifas ini:

1) Nifas hanyalah darah yang keluar selepas daripada bersalin, iaitu fuqaha mazhab Syafi’iyyah.

2) Nifas adalah darah yang keluar bersama-sama bayi dan selepas bersalin, iaitu pendapat fuqaha malikiah dan hanafiah(secara tafshil).

3) Nifas adalah darah yang keluar sebelum dari bersalin dalam tempoh 2-3 hari sebelumnya dengan disertai tanda-tanda bersalin(kontraksi).

Memandangkan perbezaan takrifan ulama bagi nifas ini, ia akan mengakibatkan perbezaan hukum-hakam yang berkaitan dengan nifas.Seperti kewajipan bersolat bagi wanita yang bernifas.Bagi mereka yang mengambil pandangan para fuqaha hanabilah,maka mereka tidak diwajibkan bersolat seandainya kelihatan darah dalam tempoh 2-3 hari sebelum bersalin dengan syarat ia disertai tanda-tanda bersalin(kontraksi). Sementara bagi diri saya, saya memilih pandangan fuqaha Mazhab Syafi’iyyah di atas jalan berhati-hati(ihtiyat) dalam agama dengan tidak berwenang dalam meninggalkan kewajipan solat.Wallahua’lam.

Dalam masa yang sama, saya turut mengajukan persoalah ini juga kepada guru thaqafah yang mengajar di Darul Hafizhat, Madinah Al-Munawwarah untuk mendapatkan lebih banyak informasi yang berkaitan. Kemudian beliau dengan segera membuat rujukan dan memberikan jawapan kepada saya kerana beliau sedar betapa pentingnya tugas saya sebagai frontliner di Malaysia kelak untuk berdakwah dengan pesakit terutama tentang solat fardhu. Semoga Allah membalas jasa Abla Arwah yang telah memberi respon yang sebegitu pantas terhadap persoalan saya.

Bersambung..

p/s: saya mohon maaf kepada penghantar komen-komen kerana saya lambat memberi respon sejak akhir-akhir ini di atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Dr. Nur Izah Ab. Razak

2 Jumadul Thani 1430@  27 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.