Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pembaca blog yang menghantar persoalan berkaitan solat fardhu dan placenta praevia, soalan beliau adalah seperti di bawah,

Salam Dr Izah

Semoga Dr dan keluarga berada dalam rahmat Allah senantiasa, Insha Allah.

Nak minta penjelasan Dr. mengenai ibu mengandung yang dimasukkan ke hospital yang mengalami “placenta preavia” dan telah pun turun darah. Masa tu perlu solat atau tidak ye?
Terima kasih, semoga dapat penjelasan dari dr.

Maya Sakinah,

maya_orked@yahoo.com

Jawapan:

1. Placenta (uri) 2. Fetus (janin) 3. Uterus (rahim)

Placenta praevia (PP) merupakan salah satu komplikasi obstetrik yang boleh terjadi pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Ia boleh menyebabkan risiko morbiditi dan mortaliti yang tinggi kepada kedua-dua fetus dan ibu. PP merupakan antara penyebab utama pendarahan semasa timester pertama dan kedua kehamilan

Secara umum, definisi PP ialah suatu keadaan di mana uri (placenta) telah melekat di atas/berhampiran kawasan internal os di pintu rahim (cervix).

Penyebab sebenar untuk PP adalah tidak diketahui. PP boleh dikaitkan dengan banyak faktor dan ada pendapat yang mengatakan ia berkaitan dengan multipariti, kandungan berkembar atau lebih, umur ibu yang telah meningkat, sejarah pembedahan kelahiran (ceserean delivery), sejarah gugur dan kemungkinan faktor merokok.

Pendarahan yang berlaku selalunya disebabkan oleh kedudukan implantasi uri yang  tidak normal.

Pesakit akan datang semasa kehamilan dengan aduan pendarahan (Vaginal bleeding) seperti berikut:

  • Darah selalunya akan berwarna merah terang dan tidak sakit (terdapat juga kes di mana pesakit mengalami kesakitan rahim dalam 20% kes)
  • Pendarahan berlaku secara spontan
  • Selalunya pendarahan berlaku pada trimester kedua/tiga
  • Boleh berlaku bersama/tanpa kontraksi rahim

Untuk keterangan lanjut tentang PP boleh rujuk di link ini:

http://emedicine.medscape.com/article/796182-overview

Berbalik kepada persoalan samada adakah ibu hamil yang mengalami placenta praevia perlu solat atau tidak. PP merupakan satu keadaan pendarahan yang bukan merupakan darah haid atau nifas. Ia merupakan sejenis darah yang disebabkan oleh penyakit akibat ketidaknormalan kedudukan uri sewaktu hamil. Darah yang keluar ini dikategorikan sebagai darah istihadhah.

Merujuk tulisan Dr. Abu Ameenah Bilal Phillips, di dalam bukunya yng bertajuk Islamic Rules On Menstruation & Post Natal Bleeding (IIPH), menyatakan bahawa,

When bleeding occurs outside of its normal time frame, it is no longer considered as menses, and woman experiencing it is considered ritually pure. She is required to fast and make formal prayers in spite of blood flow (page 37)

(Sekirannya pendarahan berlaku di luar jangkamasa waktu normal bagi haid seseorang wanita, ia tidak dikira sebagai darah haid, dan wanita itu adalah suci. Wanita itu wajib untuk berpuasa dan menunaikan solat fardhu walaupun dengan kehadiran darah tersebut).

Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aishah R.A seperti di bawah:

Aishah (May Allah be pleased with her) related: Fatimah Abi Hubaish asked Allah’s Messenger (Blessing and Peace Be Upon him). “O Messenger of Allah, I do not become clean from menses, should I abstain from formal prayers?” He replied,

“No, the bleeding is from a blood vessel and not menses. So when the real menses begins, stop praying and when the period ends, wash the blood from your body and resume praying the formal prayers” (Bukhari, (Arabic-English), vol 1, p 183, hadith no 303).

Kesimpulannya bagi ibu hamil yang mempunyai masalah placenta praevia, WAJIB bagi mereka untuk menunaikan solat fardhu dan ibadah fardhu yang lain.

Diharap jawapan yang begitu ringkas ini dapat membantu saudari Maya.

Wallahua’lam.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Dr. Nur Izah Ab. Razak

4 Jumadul Thani 1430@  29 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.