Wahai suami kekasih hatiku,

Jika jarum saat itu boleh dibekukan ,

Akan aku tenung wajahmu sedalam-dalam renungan,

Akan aku peluk erat kekasihku seerat-erat dakapan,

Akan aku sentuh dirimu dengan selembut-lembut belaian,

Akan aku ceritakan kisah cintaku padamu bak sasterawan handalan,

Kerana ku tidak tahu adakah hari esok masih tersedia ruang sedemikian,

Mungkin akukan pergi dahulu mengadap Tuhan,

Ampunilah segala dosaku terhadapmu,

Moga-moga kita bertemu lagi di lain waktu,

Kerana aku sungguh berbahagia hidup bersamamu.

Wahai permataku ayah dan ibu,

Jika jarum saat itu boleh dibekukan,

Akan aku berlari deras mengejar kecintaanku yakni ayah dan ibu,

Supaya aku boleh mendakap kuat tubuhmu yang menahan sakit perit melahirkan aku,

Supaya aku boleh bercerita  pada dunia betapaku kagum dengan dirimu,

Yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik anakmu,

Jika diukur jasamu nescaya kan menjadi berbillion batu,

Nescaya tidakkan ku mampu membalas walau satu apalagi jika seribu,

Ampunkanlah diriku kerana kekhilafanku yang terdahulu terdahulu,

Doakan moga aku di bawah perlindungan Tuhan Yang Satu.

p/s:

  1. Saya memohon kemaafan kepada semua jika terdapat kesilapan yang berlaku selama ini.
  2. My induction of labour inshaAllah will be scheduled after Maghrib/Isya’ Madinah’s time at Ar-Rahmah Hospital today (3rd June 2009). Perhaps there will be some time to meet mutazawwijin at Masjid Nabawi as soon as solah Maghrib end.

Surah Al-Ahqaf Ayat 15

Artinya :

15. Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik terhadap kedua orang tuanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula), mengandungnya dan menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia sampai dewasa dan (umurnya) sampai empatpuluh tahun dia berkata: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Engkau berikan kepadaku dan kepada orang tuaku, agar aku (dapat) beramal sholeh yang Engkau Ridhoi, dan berilah kebaikan kepadaku pada keturunanku, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.

Nur Izah Ab. Razak,

9 Jumadul Akhir 1430 @ 3 Jun 2009

Madinah Al-Munawwarah.