abdul bari with baba

abdul bari with baba

Abdul Bari, mama dan keluarga mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan kepada semua khasnya buat baba Abdul Bari yang tersayang dan pak su mat di Kaherah. Semoga baba dan paksu Mat najah dalam semua paper yang diambil dan dimudahkan Allah semasa menjawab soalan peperiksaan.

study with baba

study with baba

Untuk baba, setiap hari pun Abdul Bari boleh teman baba baca buku, Abdul Bari janji akan duduk diam-diam, tengok je baba baca buku sambil tersengih sekali-sekala macam malam tadi. Ok, mama nak makan dengan wan, wan goreng lempeng panas yang sangat sedap, Abdul Bari tak boleh makan sebab mama kata Abdul Bari hanya boleh minum susu mama dan air zam-zam saja sampai Abdul Bari umur 6 bulan, sebab mama kata Abdul Bari kene tunggu sistem pencernaan dan organ-organ dalaman Abdul Bari matang dahulu baru Abdul Bari boleh makan makanan lain.

gambate baba

gambate baba

Selamat Najah Dalam Peperiksaan Baba..

p/s: atuk, nenek, mak long, pak long dan abang Adam dalam perjalanan pulang ke Malaysia sekarang. Semoga perjalanan dimudahkan Allah dan selamat sampai ke tanahair. Lots of love and kiss from Abdul Bari, tengok mama dah nak mengalir air mata tu..(nanti upload gambar dengan famili Seremban dan Keramat)

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari (on behalf of Abdul Bari, he is busy now.. :)  )

20 Jumadul Thani 1430@  14 Jun 2009

Madinah Al-Munawwarah.