3 Jun 2009 / 10 Jumadul Thani 1430 (Rabu): (40 minggu 7 hari)

Prof. Dr. Safa telah merancang supaya saya menjalani induksi kelahiran (paksa lahir) padaย  hari ini, namun pintu rahim saya masih belum terbuka, rahim saya tiada kontraksi dan saya tidak mempunyai sebarang tanda untuk melahirkan. Setelah berbincang dengan Prof, saya dan suami mengambil keputusan untuk menangguhkan induksi memandangkan keadaan saya dan bayi stabil buat masa ini berdasarkan pemeriksaan klinikal dan hasil ultrasound yang normal, ini untuk mengurangkan risiko saya dari dibedah secara ceaserean. Prof memberi tempoh sehingga 6 Jun 2009 di mana kandungan saya akan berusia 40 minggu 10 hari pada hari tersebut.

4 Jun 2009/ 11 Jumadul Thani 1430 (Khamis): (40 minggu 8 hari)

Masih lagi di rumah, saya mengalami kontraksi rahim (abdomen saya mengeras), sekali dalam 20 minit. Saya dapati terdapat darah berupa jeli keluar, namun air ketuban saya masih belum pecah.

Saya dan suami ke hospital Ar-Rahmah, Prof. membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rahim saya telah terbuka sebanyak 1 cm. Prof. menawarkan supaya saya menjalani induksi kelahiran namun Prof lebih cenderung jika saya tunggu ada tanda-tanda kelahiran yang lebih signifikan. Pemeriksaan CTG (ujian untuk mengesan kontraksi rahim dan jantung bayi) normal.

5 Jun 2009/ 12 Jumadul Thani 1430: (40 minggu 9 hari)

8.00 pagi: Saya di rumah seperti biasa, namun saya berasa ada kontraksi rahim yang kuat berbanding sebelum ini (saya tidak pasti samada ia adalah betul-betul kontraksi yang sangat kuat kerana saya masih boleh bertahan dengan kesakitan tersebut) , kontraksi sebanyak 2 kali dalam 10 minit.

10.00pagi: Di Hospital Ar-Rahmah, pemeriksaan dijalankan dan mendapati pintu rahim saya telah terbuka sebanyak 3 cm, air ketuban tidak pecah lagi. Saya dan suami keluar dari hospital dahulu untuk menjemput mak keramat di Masjid Nabi yang pergi menziarahi Nabi Muhammad dan Raudhah pada pagi itu.

11.30 pagi: Kami kembali ke hospital, lantas melalui telefon Prof. mengarahkan staf nya untuk memasukkan saya ke dalam wad bersalin (Bilik saya betul-betul berdekatan dengan dewan bersalin). Prof bergegas ke hospital dari rumahnya semata-mata untuk mengendalikan kes saya. Prof memecahkan air ketuban saya (ARM), air ketuban saya berwarna jernih (normal). Sejurus selepas itu, pintu rahim saya terbuka sebanyak 4 cm. Pada masa yang sama, sejenis ubat yang dinamakan oxytocin digunakan untuk mempercepatkan dan menguatkan kontrasi rahim. Ubat ini menyebabkan saya berada dalam kesakitan yang amat sangat, lantas tanpa pengetahuan sesiapa saya menghentikan drip yang mengandungi ubat tersebut selama setengah jam. Kemudian semasa pemeriksaan kedua, bukaan pintu rahim saya masih 4 cm, saya lantas membuka kembali drip untuk mempercepatkan proses kelahiran dengan izin Allah. Tolong jangan tiru apa yang telah saya buat..

2.00 petang: Saya terasa sesuatu ingin keluar, ternyata bukaan pintu rahim saya telah mencapai 10 cm. Allah lebih mengetahui kelemahan dan keupayaan saya, Dia telah mempercepatkan proses kelahiran, syukur pada Mu Ya Allah.

2.15 petang: Akhirnya bayi saya telah selamat dilahirkan secara normal disambut oleh Prof Dr Safa Kamel beserta 2 orang jururawat dari Mesir. Sekali lagi, Allah telah memudahkan urusan saya, saya hanya meneran sebanyak 3 kali, dengan mudahnya bayi saya keluar selepas itu. Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta.

p/s: versi bahasa Arab nak juga?๐Ÿ™‚

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽู…ูู† ุฐูุฑู‘ููŠู‘ูŽุชูู†ูŽุข ุฃูู…ู‘ูŽุฉู‹ ู…ู‘ูุณู’ู„ูู…ูŽุฉู‹ ู„ู‘ูŽูƒูŽ ูˆูŽุฃูŽุฑูู†ูŽุง ู…ูŽู†ูŽุงุณููƒูŽู†ูŽุง ูˆูŽุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุข ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฃูŽู†ุชูŽ ุงู„ุชู‘ูŽูˆู‘ูŽุงุจู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

23 Jumadul Thani 1430@ย  17 Jun 2009

Madinah Al-Munawwarah.