"saya ready nak pergi usrah mama" kata Abdul Bari serius.

"Saya ready nak pergi usrah mama" kata Abdul Bari serius.

abdul bari sedang tunggu kawan-kawan usrah dan aunties mutazawwijin

abdul bari sedang tunggu kawan-kawan usrah dan aunties mutazawwijin

Hari Rabu yang lepas, Abdul Bari bersama mama, baba, wan dan atok telah pergi ke Masjid Nabi. Inilah pertama kali dalam hidup Abdul Bari (baru nak masuk 2 weeks old) pergi ke Masjid Nabi, sebelum ni Abdul Bari selalu ikut mama je masa dalam perut. MashaAllah cantik rupanya Masjid Nabi ni..

tak sabarnya nak usrah dengan wan dan mama

tak sabarnya nak usrah dengan wan dan mama

inilah tempat mama Abdul Bari bawa Abdul Bari usrah masa dalam perut hari tu..besaaar, ada ramai walad main bola sepak kat sini..

inilah tempat mama Abdul Bari bawa Abdul Bari usrah masa dalam perut hari tu..besaaar, ada ramai walad main bola sepak kat sini..

Abdul Bari dapat jumpa ramai kawan, anak-anak Malaysia yang lahir Madinah. Semua sihat-sihat dan bijak belaka kerana mereka pun minum susu mama mereka. Malam tu, opah tam (mama panggil mak tam) jadi naqibah jemputan. Opah tam cerita tentang surah Al-Fatihah, opah tam ni pensyarah jurusan kejururawatan di Universiti Tayyibah, universiti yang bersebelahan dengan universiti baba Abdul Bari.

usrah with wan and opah tam

usrah with wan and opah tam

Minggu depan, wan pula dijemput untuk jadi naqibah jemputan. Tak sabarnya Abdul Bari nak dengar wan bagi usrah pula…yeayy

kenalkan kawan-kawan usrah Abdul Bari, dari kiri, abg umair, kak insyirah, kak atiyah dan abg muaz

kenalkan kawan-kawan usrah Abdul Bari, dari kiri, abg umair, kak insyirah, kak atiyah dan abg muaz

Tengok tu, inilah kawan-kawan Abdul Bari. Mama mereka susun mereka depan sejadah sebab mama-mama semua nak solat Isya’. Abang dan kakak ni semua baik je baring atas sejadah beramai-ramai sambil dengar Imam Huzaifi jadi imam solat Isya’ malam tu. Satu hari nanti, Abdul Bari pun nak jadi macam Sheikh Huzaifi yang pandai jadi imam dan baca Al-Quran dengan sedap sekali. Ok kita jumpa lagi lain kali..assalamualaikum.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

On behalf of Abdul Bari (he is still busy)

Ummu Abdul Bari

27 Jumadul Thani 1430@  21 Jun 2009

Madinah Al-Munawwarah.