baba grad with family

baba grad with family

Alhamdulillah, result akhir baba dah keluar. Baba najah semua subjek. Bergenang air mata kami sekeluarga terharu dan bersyukur pada Allah yang memberikan banyak rezeki pada kami yang berada di saat yang genting semasa exam. Setinggi-tinggi tahniah buat baba kesayangan kami..we love you so much..Tahniah juga untuk semua kawan baba yang dah dapat result, mabruk semua.

batch baba yang grad

batch baba yang grad

Hari tu kami ramai-ramai pergi teman baba ke Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia di Arab Saudi kali yang ke-7. Majlis ini juga serentak dengan Majlis Perpisahan dengan Ustaz Radhi yang juga merupakan Konsul Pendidikan yang telah banyak berjasa dengan pelajar kita di Madinah malah di seluruh Arab Saudi. Terima lasih buat Ustaz Radhi sekeluarga.

Semoga satu hari nanti ada rezeki Abdul Bari untuk sambung belajar di sini pula nanti. Abdul Bari di Makkah Al-Mukarramah ni, teman baba, wan dan atok buat umrah. Semalam singgah rumah ammu Lotfi dan auntie Najwa tapi Abdul Bari lelap je, terima kasih banyak kerana masak lauk pantang untuk mama yang sedap..nyum-nyum.

Abdul Bari teringin nak buat tawaf sunat dengan baba tapi risau juga sebab sekarangkan heboh influenza H1N1 atau selsema babi tu, nenek Seremban Abdul Bari pesan dalam telefon tadi suruh Abdul Bari hati-hati sekarang. Rindulah dengan nenek dan atuk Seremban. Ok, Abdul Bari nak sambung tidur sebab dah kenyang lunch dengan mama tadi..hehehe

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari (on behalf of Abdul Bari)

6 Rejab 1430@  29 Jun 2009

Makkah Al-Mukarramah