Balik Malaysia ni, saya dah berazam nak buat Expressed Breast Milk (EBM) untuk anak. Nanti saya dah masuk bertugas, mungkin akan oncall, mungkin akan dihantar berkursus etc, takkan nak usung Abdul Bari ke hulu ke hilir. Tapi hati tetap tekad mahu penyusuan eksklusif untuknya hingga 6 bulan dan susu badan beserta makanan lain sehingga 2 tahun. SAY NO TO FORMULA MILK. Syarikat susu formula jangan marah ye..hihi. Tak apa nanti saya beli juga susu kamu bila anak dah cukup 2 tahun.

Kalaulah saya ini surirumah sepenuh masa, nescaya saya akan beri direct feeding. Moga-moga ikatan saya dan Abdul Bari lebih dekat dan lebih istemewa. Tapi saya bekerjaya, apakan daya saya. Rasa kesal melihat ibu yang duduk di rumah, yang sihat tidak berpenyakit, yang ada masa terluang dsb tetap memberi bayi mereka susu formula.  Alangkah sayangnya…

  • Bukankan Rasulullah telah menganjurkan penyusuan susu ibu hingga ke usia bayi 2 tahun?
  • Bukankah susu ibu itu susu lengkap nutrisinya?
  • Bukankah susu ibu itu menjadikan IQ anak lebih tinggi?
  • Bukankah susu ibu menyebab ada special bonding antara ibu dan anak?
  • Bukankah susu ibu itu lebih steril?
  • Bukankah susu ibu itu lebih sesuai suhu suamnya?
  • Bukankan susu ibu lebih mudah penyediaannya?
  • Bukankah susu ibu itu tidak ada harga yang setandingnya?
  • Bukankah menyusukan bayi itu boleh mengecutkan uterus lebih cepat?
  • Bukankah menyusukan bayi itu boleh menurunkan berat badan ibu?

Dan panjang sangat lagi senarai kebaikan susu ibu ini. Maka saya perlu menyiapkan diri dengan beberapa gadget yang menjadi MY WISH LIST untuk menjayakan Kempen Susu Ibu. Antaranya:

  1. Pam susu. Ada 3 jenis pam. Satu, pam dengan tangan, ini paling neutral dan paling menjimatkan, tapi lenguhlah tangan, bila pula saya nak memerah guna tangan nanti. Kedua pam manual, ini saya dah beli di CentrePoint, Madinah, jenama Juniors, harga memang murah, SR59, tak banyak dapat pun sekali pam, dalam 2 auns, itu pun ambil masa yang lamaaa, tangan pun letih mengepam. Yang ketiga, pum elektrik, harap-harap dapatlah beli yang baik, boleh tahan lama. Tengah berangan nak beli MEDELA FREESTYLE, ada bateri, boleh pam mana-mana, saiz kecil tapi harga memang tinggi. Ada satu lagi Spektra3, harga lebih murah, tapi bentuknya bulky, dan mesti ada punca elektrik.
  2. Tempat simpanan EBM. Ini tumpang peti sejuk mak dulu..hihi. Kalau pam masa travel atau di tempat kerja mungkin techni ice dan icebox coleman sesuai.
  3. Bekas simpanan EBM. Ini kene beli, ada jenis plastik/liner, bekas dadih atau terus guna botol yang penting BPA-free
  4. Sterilizer. Sedang survey. Avent punya sterilizer nampak tahan.
  5. Warmer. Sedang survey juga, lebih elok jika muat untuk botol jenis wide-neck sekali, dan boleh panaskan dalam kereta lagi baik.
  6. Botol BPA-free dan puting yang sesuai.

Kalau ada info lagi tentang MY WISH LIST di atas ni, bolehlah kongsi dengan saya..

SUSU IBU, SUSU PALING BAIK DALAM DUNIA.

p/s: kalau nak bagi hadiah pon boleeehhh..hehehe

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

24 Rejab 1430@  17 Julai 2009

Madinah Al-Munawwarah