sayangnya...muaaahh

sayangnya...muaaahh

Seronoknya dapat jumpa Abang Adam hari tu. Mama selalu cerita tentang Abang Adam pada Abdul Bari. Abang Adam sangat bijak. Abang Adam suka cium dan peluk Abdul Bari. Abdul Bari sayang Abang Adam. Nanti balik Malaysia, Abdul Bari nak cium Abang Adam lagi dan kita boleh mengaji sama-sama, solat sama-sama dan main bola sama-sama, kan Abang Adam?

atuk with his grandchildren

atuk with his grandchildren

Ini atuk Abdul Bari dan Abang Adam. Kami sayang sangat dengan atuk. Atuk baik sangat. Hari tu, atuk datang Madinah kejap je, tak sempat nak main lama-lama dengan atuk. Sedih je muka atuk bila kami nak berpisah hari tu, Abdul Bari lagi sedih. Tak apa, nanti balik kita jumpa lagi ya atuk..I miss you atuk..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari (on behalf of Abdul Bari)

2 Sya’aban 1430@  25 Julai 2009

Madinah Al-Munawwarah