Hari ini aku menyusukan anak dengan bersungguh dan penuh kasih sayang supaya dia kenyang,

Oh rupanya emak telah lama dulu menyusukan aku dengan bersungguh dan penuh kasih sayang supaya aku kenyang,

Hari ini aku memandikan anak dengan penuh hati-hati supaya anak sentiasa berasa selesa,

Oh rupanya emak telah lama mandikan aku dulu dengan hati-hati supaya aku sentiasa berasa selesa,

Hari ini aku berjaga malam tidak tidur memujuk si kecil yang merajuk,

Oh rupanya emak telah dulu tidak tidur malam memujuk aku yang merajuk,

Hari ini aku gundah takut anak dilanda sebarang susah,

Oh rupanya emak telah dulu gundah takut aku ada sebarang susah,

Hari ini aku melonjak riang lihat anak memberi senyuman,

Oh rupanya emak telah lama melonjak riang lihat aku memberi senyuman,

Hari ini aku berdoa pada Tuhan semoga anakku sentiasa dalam rahmat Nya,

Oh rupanya emak telah lama sampai kini mendoakan aku sentiasa dalam rahmat Nya.

SESUNGGUHNYA DENGAN PUNYA ANAK,

AKU KINI LEBIH HARGAI EMAK.

p/s: emak dan emak, kami nak balik dah esok, rindunyaaaa…

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Nur Izah Ab. Razak.

18 Sya’aban 1430@  9 Ogos 2009

Madinah Al-Munawwarah