Saya kini kembali bertugas seperti hari-hari biasa lebih setahun yang lalu. Sebelum saya berhijrah sementara ke Madinah Al-Munawwarah, saya telah diberi peringatan oleh CC … yang bertanggungjawab mengelolakan perihal perkhidmatan bagi pegawai perubatan. Antaranya ialah:

  1. Saya akan hilang seniority dalam perjawatan saya
  2. Saya akan dikecualikan dari kenaikan gaji
  3. Saya akan lambat dinaikkan pangkat
  4. Saya akan lambat disahkan dalam jawatan
  5. Saya akan ketinggalan untuk menduduki PTK dan kursus induksi
  6. Saya akan rugi berpuluh ribu RM kerana bercuti tanpa gaji.

Ketika itu, saya hanya menelan air liur. Tapi seperti biasa, saya adalah seorang yang keras kepala dan adakalanya berhati kering. Saya nekad untuk bercuti. Saya sanggup menanggung risiko yang telah dimaklumkan.

Kini saya kembali dan apa yang memeranjatkan saya menikmati segala kenaikan tanpa ketinggalan.

Segala puji bagi Allah, saya kini menghitung hari untuk menjadi UD44.

Atau saya terus akan melompat ke DU45?

Semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus untuk kami sekeluarga.

p/s: Saya berdoa semoga saya terus tetap menyusukan Abdul Bari dengan susu ibu tanpa dicemari dengan susu lembu. Terima kasih baba kerana menjadi penyokong paling kuat usaha susu ibu mama untuk si Abdul Bari. Terima kasih cinta..

Ummu Abdul Bari

2 Zulhijjah 1430/20 Nov 2009

Seremba