Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kami kurniaan yang tidak terhitung selama ini.

Aktiviti mengepam susu adalah aktiviti yang sangat penting bagi saya sementelah susu itu merupakan sumber utama pemakanan Abdul Bari. Namun sejak 2 minggu yang lepas, kuantiti susu telah turun dengan mendadak. Saya menjadi gusar, susah hati, dan bingung. Tiada apa yang membebankan perasaan, namun mengapa susu menyusut?  Oh rupanya ada berita gembira..

Saya kini hamil anak ke-2, 9 minggu 3 hari. Aktiviti menelan segala macam supplement diteruskan seperti sebelum ini. Saya bersyukur kerana saya lebih kuat kali ini. Berulang pergi dan pulang ke tempat kerja Seremban-Kuala Lumpur menjadi perkara rutin.Semoga anak dalam uterus ini akan membesar dengan sihat walaupun mama bergelut dengan kesibukan.

Sewaktu saya diberi peluang untuk tinggal di bumi Nabi Madinah Al-Munawwarah, saya telah ketinggalan beberapa step untuk menikmati kenaikan pangkat. Saya tidak dapat mengikuti kursus induksi dan saya ketinggalan untuk menduduki PTK. Tapi saya redha. Saya serahkan semua urusan itu pada Allah.

Pada hari ini, saya telah dimaklumkan bahawa saya telah dinaikkan pangkat daripada UD41 ke UD44. Saya sujud syukur. Tahniah buat semua pegawai perubatan lantikan 2007 ke bawah yang turut menikmati kenaikan pangkat ini.

Semoga kita semua menjadi hamba yang lebih takut pada-Nya.

Salam Tahun Baru Hijrah.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Ummu Abdul Bari

6 Muharram 1431/ 23 Disember 2009

Seremban