Bismillahirahmanirrahim

Saya baru dapat berita Maryam Brazil yang kini tinggal di Madinah Al-Munawwarah telah dikurniakan seorang bayi perempuan. Semoga Allah merahmati  Maryam dan keluarga. Mabruk juga buat Azie (zaujah Apap Genesix) yang dikurniakan baby girl, Ummu Tayyibah juga yang memperoleh baby girl dan Suriyani dari Selatan Thai yang kini bermastautin di Madinah Al-Munawwarah dan senarai lain yang akan dapat baby tahun ini..

Semoga anak-anak kita akan menjadi pejuang agama Allah suatu hari nanti.

Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan dari kalangan manusia dan syaitan.

Doa untuk ibu-ibu sekalian,

Barakallahu lak fil mauhubi lak, wa syakartal wahib, wa balagha asyuddah, wa ruziqta birrah

(Semoga Allah memberkati kamu dengan kelahiran anak ini dan kamu mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang baik daripada anak ini)

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

7 Safar 1431@  23 Januari 2019

Kuala Lumpur