Kelmarin tak berpeluang jumpa Abdul Bari. Hari ini pun begitu. Saya keluar bekerja sewaktu Abdul Bari sedang tidur. Saya balik pun ketika anak tercinta telah lena diulit mimpi. Balik kerja air mata mengalir laju kerana tak sempat bertanya khabar mencium anak ketika dia berjaga. Sedih, pilu dan hampa kerana tidak dapat menyaksikan si kecil membesar depan mata.

Saya rasa seronok dengan tempat kerja baru walaupun terpaksa mengharungi kesesakan di sungai jalanraya setiap hari. Peluang besar menanti saya untuk dilatih menjadi pakar di sini. Semua pakar baik budi pekerti belaka serta menutup aurat dan menjaga solat. Rakan sekerja mesra dan banyak membantu. Saya tak sempat menjenguk matahari di luar sejak kebelakangan ini. Ditempatkan di jabatan paling sibuk di hospital. Walaupun tugas berlambak namun saya gembira setakat ini.

Namun, inikah kehidupan yang saya idamkan?

Saya ada suami dan anak yang menanti di rumah dan seorang lagi saya kendong dalam uterus..

Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat kami..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

19 Safar 1431@  4 Februari 2019

Kuala Lumpur