Bayi digonggong anjing

Bayi dihurung semut

Bayi dimamah biawak

Bayi dicampak tepi tong sampah, menggigil kebiruan, sudah tiada daya menangis

Bayi dipam dalam tandas

Bayi dibuang dalam longkang

Bayi dibungkus dalam plastik di dalam semak

Kelmarin, seorang pesakit saya yang mengalami masalah psikiatri, ibu tunggal yang sebatang kara dan berpendapatan RM450 sebulan merayu pada saya supaya membenarkan dia memelihara dan membawa pulang ke rumah bayinya yang baru dilahirkan.

Saya termenung panjang, beliau yang ada masalah psikiatri, ibu tunggal yang sebatang kara dan berpendapatan RM450 sebulan pun boleh tahu menyayangi bayinya.

Adakah mereka yang membuang bayi ini lebih bermasalah daripada pesakit saya tadi?

Or perhaps they all should be screen for psychiatric disorder, maybe they are mentally ill..

Oh Malaysiaku..let’s come back to Al-Quran and Sunnah

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

11 Rabi’ul Akhir 1431@  27 Mac 2019

Kuala Lumpur