Abdul Bari,

Pertama kali mama melihat wajah baba, terus tedetik dalam hati mama “Dia akan menjadi seorang ayah yang baik untuk anak-anak mama”

Tulisan kali ini sekadar untuk melontarkan kata hati, bukan untuk menunjuk jauh sekali mendabik dada pada dunia, kerana mama sedar siapa mama, seperti debu yang berterbangan yang tidak disedari sesiapa pun

Mama benar-benar jatuh hati pada baba selepas beberapa ketika kami diikat dengan satu ikatan yang halal lagi suci

Baba telah menerima diri mama seadanya, begitu juga mama, menerima diri baba seadanya

Mama mengenali baba sebelum nikah sedikit demi sedkit dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan setelah mengambil pandangan ramai pihak dan istikharah, maka mama terbuka menerima baba

Kini mama yakin, mama lebih mengenali baba dari sumber-sumber itu dan kini baba adalah seorang yang ‘beyond the expectation’

Abdul Bari,

Baba seorang yang berlemah-lembut dan punya humour yang sering menghiburkan jiwa mama

Mama yang sememangnya kurang ilmu dan punya banyak kekurangan telah dapat ditangani oleh baba dengan penuh hikmah, dan baba tidak pernah jemu membentuk mama untuk mejadi wanita yang lebih baik hari demi hari

Baba sentiasa sanggup berjaga malam berkali-kali untuk membancuh susu Abdul Bari, memastikan mama dan Abdul bari tidur dalam keadaan yang nyaman, dan seringkali baba meminta mama berehat kerana baba bimbang mama akan keletihan keesokan hari

Baba sentiasa memastikan kita berdua termasuk adik dalam uterus mama sentiasa berada dalam kecukupan

Sesunggunya terlalu banyak perkara yang dilakukan baba telah menambat jiwa mama yang terlalu banyak untuk mama tuliskan

Sekiranya jika tiada baba di sisi mama seolah telah hilang separuh dari diri mama

Mama tidak tahu bagaimana takdir mama di masa hadapan, cuma mama mampu berusaha dan berdoa semoga Allah akan menyambung cinta mama terhadap baba hingga ke syurga

Semakin hari semakin mama mencintai diri baba kerana akhlak yang dipamerkan

Untuk baba, “Ahabbakallazi ahbabtani lahu”

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

7 Jamadil Awal 1431@  21 April 2010

Kuala Lumpur