Waktu saya ingin memulakan dunia awal persekolahan, saya telah diberi pilihan, samada saya mahu memakai tudung atau tidak. Kemudian saya dengan yakin memilih untuk memakai tudung di kala hidung masih berhingus.

Kemudian ketika habis darjah 6, keputusan UPSR membolehkan saya untuk memohon sekolah berasrama penuh, namun saya tega memilih sekolah agama, di saat ada segelintir guru yang berkata, peluang saya untuk menjadi profesional tidak cerah. Namun saya abaikan persepsi itu.

Setelah usia sedang meniti waktu remaja, saya telah mendapat tawaran untuk belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah, tapi saya tolak tanpa ada perasaan sesal, saya setia menuntut ilmu di sekolah yang sama.

Usia semakin hampir ke dewasa, sekali lagi saya mengambil keputusan tegas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan atas keinginan diri sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak, malah ayah tidak menggalakkan kerana bimbang kehidupan saya yang terlalu sibuk kelak. Tapi saya tekad meneruskan cita-cita.

Namun baru-baru ini, saya telah mendapat tawaran untuk menjadi trainee lecturer. Saya masih di persimpangan dilema….Ini keputusan yang amat sukar untuk saya tentukan..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdul Bari

12 Jamadil Awal 1431@  26 April 2010

Kuala Lumpur