Ummu Abdil Bari pernah hamil jauh dari tanahair dan keluarga. Ketika itu tiada insuran perubatan, tiada jaminan penjawat awam akan diberi rawatan perubatan percuma dan selesa, tiada sumber kewangan yang sangat kukuh dan pelbagai lagi kekurangan yang sangat membahayakan. Hanya bergantung sepenuhnya pada Allah. Hari-hari dilalui dengan tenang dan dengan harapan tiada insiden yang serius akan berlaku sepanjang kehamilan dan kelahiran kelak.

Setiap saat Ummu Abdil Bari memanjatkan doa agar tiada pendarahan yang serius ketika hamil, tiada penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan segala-galanya berjalan dengan mudah. Semuanya Ummu Abdul Bari serahkan pada Allah.

Tiada MGTT, tiada ujian VDRL, HIV, Hepatitis B, tiada urine albumin and urine glucose setiap kali antenatal visit, tiada itu dan tiada ini. Supplement pun tiada yang percuma, mahal-mahal belaka.

Hinggakan pada saat genting ambang kelahiran, Ummu Abdil Bari masih bertahan sehingga kandungan berusia 40 minggu 10 hari!! Namun Allah Maha Kuasa, proses kehamilan, proses kelahiran dan proses setelah kelahiran berjalan dengan sangat lancar dengan bantuan dari Abu Abdul Bari tercinta dan keluarga serta sahabat-sahabat di sana.

Ummu Abdil Bari membayangkan sekiranya berlaku sesuatu di sana, sekiranya perlukan forcep delivery, vacuum delivery, caserean section, inkubator, sekiranya memerlukan phototherapy, sudah tentu amat mencabar, tambahan ketika itu Abu Abdil Bari sedang bergelut dengan exam final.

Kos bagi inkubator untuk bayi pramatang semestinya sangat tinggi, begitu juga kos untuk phototherapy bagi bayi yang ada jaundice, SR400++ riyal sehari. Ah, jumlah yang sangat tinggi untuk ditampung kami yang berada di perantauan. Bagaimana dengan kos ubat, kos pengangkutan, kos ini dan kos itu?

Alhamdulillah, total serum bilirubin Abdul Bari tidak memerlukan rawatan itu. Kami jemurkan saja di bawah cahaya matahari pagi..(not a proper medical way actually).

Abdul Bari diberi minum susu mama dan segala puji bagi Allah, dia tidak pernah menghadapi sebarang jangkitan kuman..

Hamil di luar negera dan jauh dari keluarga dan segala macam bantuan sememangnya cabaran yang besar yang memerlukan ketahanan yang tinggi..

Justeru, tatkala mendapat khabar sahabat atas sahabat yang memerlukan bantuan seperti ini, sememangnya meruntun jiwa Ummu Abdil Bari.

Sahabat kita yang jauh di perantauan yang melahirkan anak pramatang..

~Mu’az Firdausi Fund Appeal~

May 21, 2010 by Abu Mu’az

Kisah lanjut:

http://logamemas.wordpress.com/2010/05/20/20-mayam-muaz-firdausinama-diberi/

Assalamualaikum wbt…

terima kasih kepada kawan2 yang tak penah jemu mendoakan kami.. semoga satu hari nanti Allah akan bantu kamu ketika dlm kesusahan insyaAllah..

insyaAllah Majlis Syura Muslimun UK&Eire telah sudi untuk menolong meringankan beban kami dengan membuat fund appeal..kepada sesiapa yang ingin membantu dengan rela hati, anda boleh la menyalurkan sumbangan anda kepada:

Account No : 31458272
Sort Code: 40-31-17
Account Name: MSM Appeal
Reference : Mu’az Firdausi

jika anda perasan,sebelum ini kawan saya yang baik hati, Firdaus Rahim telah pun memulakan kempen ini..cuma menggunakan akaun bank saya..untuk centralise , saya memohon supaya sumbangan itu dibuat kepada akaun Majlis Syura Muslimun.. ini juga untuk menjaga ketelusan di pihak kami..

kepada Daus,semoga Allah reward anda atas sunnah hasanah yang anda mulakan..=) dan kepada insan-insan budiman yang sudi menolong kami, hanya Allah yang mampu membalasnya insyaAllah.. jika terasa berat sekalipun, paling tidak doakan agar urusan kami dipermudahkan olehNya.. kami yakin insyaAllah akan ada jalan keluar jika kita berserah diri bulat-bulat kepadaNya..jika dahulu kami adalah tangan-tangan yang memberi,sekarang kami pula adalah tangan-tangan yang menerima..moga ia menjadi tarbiyyah buat kami sekeluarga..

dan kepada insan-insan yang ingin menjadi sukarelawan untuk mengutip fund di negara anda, harap dapat email saya personally di umbrella_86@yahoo.com. InsyaAllah kita akan coordinate sama-sama..

Akhir kalam,jzkk khairan kathira kepada semua yang membantu kami..

wassalam…

Updates:


Bagi yang ingin menyumbang menggunakan PayPal, boleh klik  di sini. Jazakallah khair kepada Akh Atiq dan Dr Syed yang tolong setupkan.. =)

p/s: moga Allah mudahkan adik-adik di sana..

Ummu Abdil Bari

Dengkil, Selangor.