Ini keputusan yang amat sukar. Saya tidak menjangka akan membuat pilihan ini. Namun saya perlu membuat sesuatu yang drastik untuk masa depan.

Anak-anak perlukan saya berada lebih kerap dengan mereka. Saya tidak mahu satu hari nanti anak-anak akan kecewa kerana saya sangat jarang bersama mereka. Saya cintakan dunia kerjaya sekarang namun saya tidak sanggup membelakangkan keluarga dan anak-anak saya. Saya mahu selalu menyuapkan makanan pada Abdul Bari, yang memandikan Abdul Bari, yang membacakan buku untuk Abdul Bari, mendidik Abdul Bari dengan tangan saya sendiri..

Masa itu musuh saya jika terus berada di sini..

Mama akan selalu berdamping dengan Abdul Bari dan adik-adik..

Kementerian Pengajian Tinggi..saya datang..

Selamat tinggal Kementerian Kesihatan Malaysia..

p/s= Adakah saya mampu convert program master terus ke PhD?

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdil Bari

10 Jamadil Akhir 1431@  24 Mei 2010

Kuala Lumpur