Salam dear readers,

2 hari lepas ada antenatal check-up dengan x-collegue di hospital macam biasa. Alhamdulillah semua khair. Semua parameter (HC, FL, AC dll) sejajar dengan umur kehamilan. Placenta terletak di bahagian atas(posterior upper segment). Kandungan air ketuban (liquor) mencukupi. Terkejut sikit adik Abdul Bari dah cecah 2.8 kg pada usianya 34 minggu. Hehehe, nak lawan berat abang masa lahir nanti ke?

Hamil di tanahair memang menyeronokkan. Hamil di Madinah Al-Munawwarah juga istemewa. Cuma kini, jika teringat masak lemak cili api mak, nasi lemak atau apa-apa yang terlintas, bila-bila masa boleh on. Ohh, makan memang mewah. Bukan seperti di Ghazzah dan lain-lain.

Braxton Hicks contraction, lenguh pinggang sana-sini macam biasa cuma kini lebih kerap. Dulu saya surirumah sepenuh masa (sikit-sikit hadir ke kelas pengajian Al-Quran), di sini saya bekerja. Tentu sekali berbeza. Ada ketika menerima panggilan dari hospital kerana ada kes yang emergency di kala malam hari. Kini, itu semua sudah berlalu. Saya boleh sentiasa berada di sisi Abdul Bari sewaktu dia memerlukan mamanya. Oh bahagianya..

Hamil dan bekerja di hospital besar memang mencabar. Lebih-lebih lagi jika ramai collegue bercuti atau menghadiri kursus, keadaan akan jadi lebih parah. Selalu saja uterus mengalami kontraksi dan dulu pernah ada pendarahan. Atau ketika membuat ward round dengan houseman dan pakar atau konsultan, kaki boleh jadi cramp atau terasa terhuyung-hayang namun nasib baik tidak sampai mahu tumbang.

Maka ketika hamil anak kedua ni, memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Allah Maha Mengetahui, saya kini tidak lagi perlu melalui zaman itu. Kini, tugas merawat pesakit seperti biasa di klinik yang mana saya BOLEH DUDUK di atas kerusi. Atau mencari bahan untuk thesis yang mana saya BOLEH DUDUK sambil melayari PUBMED etc.

Ahamdulillah, beberapa minggu lepas saya telah menghadiri Kursus Laktasi 20 jam (Breastfeeding Promotion And Support, A Training Course For Health Professional). Lepas bersalin nanti, harap-harap dapat pergi kursus 40 jam pula, nanti-nanti mungkin boleh duduki exam untuk membolehkan saya menjadi Konsultan Laktasi. Oh banyaknya cita-cita..tak tahu lagi nyawa ni Allah bagi sampai bila. Apapun saya kagum dengan kak Faridah @ Dr Faridah @ Ummu Zulfa handle keluarga, kerjaya,bantuan kemanusiaan, breastfeeding etc-etc, she inspires me a lot. May Allah bless her..

Along (my beloved elder sis) baru habis pantang dan sudak mula bekerja. My lovely niece, Nuraisyah bertuah dapat ekslusif breastmilk ibunya. Kerja Along di office yang berlambak-lambak masih tidak memadamkan semangat Along untuk mengepam susu untuk anak tercinta walau saya tahu Along sedih meninggalkan anak-anak di nurseri. Namun itulah kehidupan yang perlu dilalui, semoga Along terus kuat dan semangat meneruskan perjuangan. Gambatee..

Ok, berbalik pada cerita adik Abdul Bari tadi, semoga Allah memeliharanya dalam uterus mama, semoga kita berjumpa lagi dalam beberapa minggu mendatang sayang..

Abang Abdul Bari tak suka main dengan mainan yang dibelikan, suka main botol mineral kosong, wayar plak, tiang kipas, botol supplement mama, tudung saji, bakul, raga, butang kat baju dan lain-lain barang yang BUKAN MAINAN..ohh anakku, nak jimatkan duit mama baba ye? hehehe

p/s: Mabruk pada Ummu Maryam Madinah (Hidayah) dapat baby boy, Ina Madinah dapat baby boy, Kartina member SMKA SHAMS dapat baby boy, Najwa Makkah zaujah Lutfi dapat baby girl,  Aida zaujah Amin dapat baby girl,  Saadah @ Ummu Khalid dapat baby boy, Siti zaujah Asri @ Ummu  Abdirrahman dapat baby boy dan lain-lain yang dapat baby tahun ni.

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdil Bari

29 Jamadil Akhir 1431@  12 Jun 2010

Seremban