Tadi sambil tangan memegang sebiji pisang untuk dijamah saya terbaca satu artikel dalam Utusan Malaysia. Tajuknya Majoriti Berhutang Di Lembah Klang. Ya, kini saya tinggal di Lembah Klang. Kos hidup memang tidak dapat disangkal, memang tinggi. Tetapi saya bernasib baik kerana tinggal dengan mak ayah Keramat. Kereta pun mak ayah Seremban yang bagi. Jadi saya dapat mengurangkan sejumlah besar kos hidup daripada membayar hutang rumah dan kereta buat masa ini.

Hendak masuk ke Kuala Lumpur pasti ada tol. Sewa rumah memang tinggi padahal bukan rumah di atas tanah pun. Harga minyak memang mahal. Hendak membayar makanan, nasi dan seketul ayam tambah sayur sejenis boleh cecah RM5 malah lebih. Itu belum masuk bil telefon, air, elektrik, internet bla-bla-bla. Duit untuk mengupah pengasuh juga jangan diambil enteng. Yang paling murah pun RM250 untuk seorang kanak-kanak, itu belum dikira bayaran untuk si bayi kecil yang merah baru dilahirkan. Belanja anak-anak sekolah, buku, peralatan belajar, tusyen, yuran bas, baju itu dan ini.

Saya sedang membayangkan bagaimana perbelanjaan sepasang suami isteri jika gaji bersih mereka (setelah ditolak KWSP, cukai pendapatan etc) yang tinggal di Lembah Klang berjumlah RM2500.

Rumah sewa: RM600 (Ini kos untuk rumah bukan di atas tanah, berkeluasan 600-800 Sq Ft di KL)

Kereta : RM500 (Ini untuk kereta nasional sedan yang mampu milik bagi kebanyakan orang)

Makan : RM 1000 (RM4 sarapan, RM6 makan tengahari, RM10 untuk makan malam, maka RM20x2, RM40 sehariX30, bundarkan RM1200 ke RM1000, ini paling minimal di KL untuk suami isteri dan 2 anak kecil yang belum sekolah, jadi lupakan Domino, Big Apple, makan luar sana-sini etc)

Bil telefon : RM 100 (ni macam tidak logik unutk dua orang, melainkan puasa guna telefon bimbit)

Bil elektrik : RM 100 (sebab di rumah guna air-cond)

Bil air : RM 50 (anggaran supaya mudah buat kira-kira di bawah nanti)

Pengasuh: RM 550 (RM250 untuk anak sulung umur 4 tahun + RM300 untuk anak baru lahir)

Jumlah:  RM 2900 (ini sudah terlebih dari wang masuk!!!)

Oooopss, ini tak masuk bil Astro, top-up tol, duit minyak atau duit untuk hal kecemasan seperti anak sakit, duit simpanan tak payah cerita sebab tak ada duit yang boleh disimpan, duit nak bagi mak ayah (di mana mak ayah selalunya akan tolak pemberian jika melihat kondisi kesempitan anaknya), baju anak takkan nak pakai yang sempit-sempit kerana mereka cepat membesar, baju, tudung ibu yang perlu bekerja melainkan dia ok pakai baju yang lama etc, barang-barang keperluan lain seperti sabun, shampu, makanan kering seperti milo, sardin etc. Ahhh, gila…

Patut pun ada seorang staf bank macam tak puas hati bila dia bertanya pada saya “Puan pakai kad kredit apa?”

Saya jawab “Saya tak pernah ada kad kredit”

Staf menjawab “Betul puan tak pernah pakai kad kredit?  Betul ke ni puan?”

Saya hanya mengangguk kepala dan tersenyum kering, sambil menggosok perut menanti kelahiran anak kedua. (Sambil berfikir untuk menambah anak lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi sebelum usia meningkat…hahahah)

Ini mungkin menjadi sebab kebanyakan anak muda yang sudah berumahtangga kini begitu mengawal kelahiran anak-anak mereka dengan jumlah yang terhad. Yang banyak lahir melata sana-sini anak luar nikah..

Ya Allah, teguhkanlah iman kami,  luaskanlah rezeki kami, semoga kami termasuk dalam golongan yang takut pada-Mu

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdil Bari

2 Syaaban 1431@  14 Julai 2010

Kuala Lumpur