Harga barang naik dan naik lagi..

Rakyat terpaksa mencatu nasi..

Yang susah makin susah melarat..

Makin ramai hidup merempat..

Jangan ingat orang itu ini masuk parti..

Tiba-tiba parti engkau jadi kebal dari mati..

Tunggulah waktu pilihanraya..

Kerana kuasa undi itu di tangan saya rakyat biasa..

p/s: Ummu Abdil Bari sangat fed-up dengan layanan yang diberi kepada rakyat…kami berhak menikmati hasil negara sewajarnya bukan ditekan untuk hidup melukut di negara sendiri..Saya orang Islam Melayu tiada hati untuk berhijrah sana sini, dapatkan PR negara lain seperti orang-orang lain..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ummu Abdil Bari

9 Syaaban 1431@  21 Julai 2010

Kuala Lumpur