Semalam genap 7 hari kelahiran anak kedua mama. Maka baba telah mencukurkan kepala dan memberikan nama kepada adik. Secara rasmi adik Abdul Bari diberikan nama ABDUL ‘ALIM BIN MUHAMMAD FAWWAZ. Semoga Abdul ‘Alim akan menjadi anak yang taat agama dan takut pada Allah.
Sesi bercukur berjalan lancar kerana Abdul ‘Alim nyenyak tidur walaupun diapers penuh dan kepala basah dengan air. Tambahan pula abang Abdul Bari sangat bekerjasama dengan tidak mengacau adik semasa proses pencukuran diadakan, malah Abdul Bari siap melayan tetamu yang datang menziarahi kami sekeluarga.
InshaAllah aqiqah Abdul ‘Alim lepas raya nanti..
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ummu Abdil Bari
19 Syaaban 1431@ 31 Julai 2010
Kuala Lumpur
Gedobot…..hehe…cium sket…..paksu sibuk sikit la minggu ni….ada masa nnt dtg ea….
Salam ngah, rugi lah kan kalau x dtg tengok budak bertuah ni…..hehehe…
To Mak Long dan Pak Su, kalo Mak Long n Pak Su datang Abdul ‘Alim adik beradik dah bersyukur sangat dah…kita jumpa weekend ni or weekend depan bila mama dah kuat skit..
salam kenalan dr,
tahniah dr di atas kelahiran abdul alim. kebetulan saya pun bersalin pada hari yg sama lebih kurang 10am anak ke 5 4.4 kg normal delivery yang diberi nama Sumayyah, begitulah sakitnya melahirkan, tapi alhamdulillah tidak akan serik kan 🙂 .
Salam Amnah,
Tahniah dengan kelahiran anak ke-5, sumayyah, semoga kita diberi peluang lagi untuk menambah harta..kiss sumayyah for me..