Malam itu telah menjengah 12 tengah malam. Saya merenung anak-anak dengan penuh kasih-sayang. Dia kelihatan sibuk mengemas barang di dalam almari di hujung bilik kami.

Tiba-tiba dia datang menghulur sebuah kotak kecil berwarna biru yang dihiasi riben silver. Hati saya terkejut bercampur gembira. Lantas air mata saya bergenang, dia tidak tahu air mata saya hampir tumpah tanda terharu pada malam yang kelam itu.

Rupanya ada sebentuk cincin emas hadiah buat hari ulangtahun kelahiran saya. Memori yang sangat indah.

Walaupun jika dia memberi saya sebentuk cincin besi atau apa-apa yang kurang daripada itu, saya akan tetap menjaga dan menghargainya sepenuh hati.

Kerana ahabbakallazi ahbabtani lahu. Cinta itu tidak pernah berkurang.

Ummu Abdil Bari