Matanya bulat dan bersinar lagi hitam. Bibirnya kecil comel dan kemerahan.  Bajunya yang bewarna putih itu comot kelabu seolah berdebu. Mulutnya terkumat-kamit tidak henti-henti, bercakap sesuatu yang tidak mampu saya faham. Kulitnya lembut dan putih. Namun banyak parut kudis, luka, sedikit lebam sana-sini dan gigitan serangga kecil yang melata di tubuhnya. Umurnya tua 2 bulan lebih tua daripada Abdul Bari.

Dia melemparkan senyuman yang manis pada saya. Memang dia seorang yang comel. Rasa kasih tumpah padanya saat saya memandang tepat ke arah wajah si kecil itu. Saya mahu memeluknya erat-erat dengan perasaan sedih amat yang sedang menghambat.

Rupanya dia sedang menunggu ibunya melahirkan adiknya. Dia kelihatan begitu gembira dengan dunianya. Tetapi dia terlalu mentah untuk mengenal erti kepayahan hidup yang sedia terbentang di depan sana.

Dia anak luar nikah. Adiknya juga anak tidak sah taraf. Tetapi mereka tidak sekelumit pun bersalah. Mereka teraniaya dan dizalimi.

Ibunya terus-terusan bergelumang dosa dengan jantan-jantan bangs*t.

Mungkin dia dan adiknya membesar menjadi lelaki soleh yang takut pada Allah, ataupun mungkin dia dan adiknya akan meneruskan tradisi ibu mereka dan jantan-jantan si**l untuk sebuah vicious cycle yang menjahanamkan??

Ini adalah kisah benar.

*vicious cycle = kitaran yang berulang-ulang yang menghasilkan sesuatu yang bertambah buruk dari satu kitaran ke kitaran yang lain

p/s: Mari berhijrah ke Madinah Baba..

Ummu Abdil Bari

Kuala Lumpur