Laporan Usrah Mini

Hari: Cuba tiap-tiap hari kalau sempat

Masa: Lepas solat Maghrib

Tempat: Tepi tilam kekabu biru

Naqib: Baba

Ahli usrah:

  1. Mama
  2. Abdul Bari
  3. Abdul ‘Alim

 

Naqib membacakan kitab “Al-Manhaj An-Nabawi Fi Tarbiyyati At-Tifl” (The Prophetic Method In Bringing Up The Children) karangan Dr Abdul Basit Muhammad Assayyid.  

Ada 3 orang anak murid . Salah seorang daripada anak murid khusyu’ makan honey star. Seorang lagi terbaring hisap jari. Anak murid yang ketiga sedaya-upaya mendengar kuliah dengan penuh perhatian walaupun sentiasa ada ‘distraction’ iaitu iklan 2 orang budak lelaki bawah umur depan mata.

Nasib baik naqib penyabar dan baik hati.

Diharapkan usrah mini kita dapat menghabiskan kitab ni sebelum bulan September.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Usrah Mini.

Mama.