Tadi baru balik workshop IELTS. Boleh tahan kesusahannya. Boleh ke nak capai band yang sepatutnya ni?

Tengah bersemangat nak selak buku, sekali dengar Abdul Bari merengek sambil buat muka sedih,

“Mama..mama..mama, baba ne ne ne?” (Mama, mama, mama, baba mana?)

Jadi pujuklah Abdul Bari dulu. Mama kata,

“Baba kat universiti, baba sedang belajar dan baca buku”

Kemudian dia seret buku-buku lori, lembu dan bajak dia untuk mama bacakan. Tak cukup dengan tu, sambung lagi tengok youtube bajak, lori sampah. Siap dia request lagi,

“Jan, jan..ne ne?” (Azan mana?)

Jadi mama layanlah Abdul bari dengar azan orang kampung Abdul Bari kat Masjid Nabi nuuu..

Beberapa minit lepas tu, Abdul ‘Alim pula meraung dalam kesedihan yang amat sebab seharian tak dapat ‘vitamin’ dia secara direct. Dapat je ngap susu, berdegup-degup bunyi susu masuk dalam mulut si kenit ni. Oh laparnya anak mama ni. Kesian betul.

Baba pula sangatlah sibuk dengan kelas dan assignment yang bertimbun-timbun tu. Kesian tengok Baba bertungkus-lumus dengan 5 paper semester ni. Semoga dimudahkan segalanya Baba.

Bila nak study ni Mama? Exam seminggu je lagi ni…pening lalat mode.

Chaiyok mama, mesti boleh..cukup makan jadilah (oh tidak bercita-cita tingginya mama).

Sekian.

Mama of 2 heroes.