Memandang wajahnya adalah satu ubat buat saya. Bercakap dengannya terapi saya. Menyentuhnya apatah lagi. Ya, dia paracetamol saya. Dia juga arcoxia saya. Malah, dia lebih dari segala ubat di pasaran dunia. Memang benar firman Allah (Ar-Rum, 21)

 
30:21

And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought

Sudah lama saya tidak menulis begini. Sukar untuk saya dapat ilham dan dengan penuh perasaan menulis sebagaimana saat ini.

Saya tidak tahu bila saya akan mengadap Allah. Tapi saya pasti ia semakin suntuk. Ini bermakna, jumlah minit untuk saya curahkan kecintaan saya pada dia semakin pendek. Saya cintakan dia. Dia tidak tahu bahawa nilai cinta saya padanya terlalu tinggi.

Waktu saya getir bertarung nyawa melahirkan Abdul ‘Alim dulu, saya diberi gas entonox. Namun bacaan Al-Qurannya lebih signifikan mengurangkan kesakitan saya daripada entonox itu.

Dia soleh, menjaga solat. Dengan anak-anak selalu melekat. Kesabarannya tiada terhad. Itu semua membuatkan saya konsisten terpikat.

Kerana dia lebih dari Paracetamol saya.

p/s= I love you ‘beyond’ paracetamol. Jom ‘dating’ berempat.🙂

Mama Abdan