Salam pembaca blog budiman,

Diharap belum terlewat untuk saya ucapkan

“Taqabbalallahu minna wa minkum wa solehul a’mal” sempena bulan mulia eidulfitr.

Saya mohon maaf, blog ini nampak sunyi sepi semenjak kebelakangan ini. Banyak peristiwa penting berlaku dan sangat signifikan untuk masa depan. Mungkin satu hari nanti saya akan khabarkan.

Senyap sunyi di blog menandakan kehidupan yang sibuk dan hiruk-pikuk di alam nyata.

Saya terlihat Prof Kamil (Travelog Haji) dan isterinya (Puan Roza) ketika menghantar adik kesayangan saya di KLIA untuk terbang ke bandar idaman Madinah Al-Munawwarah. Semoga Fatimah (adik ipar) sabar dengan perpisahan sementara itu.

Prof Kamil tidak mengenali saya yang ibarat sebesar habuk ini. Tetapi saya mengenali beliau melalui tulisannya yang memberi kesan dan contoh tauladan. Beliau orang yang tinggi ilmu. Tulisannya ringkas tapi signifikan. Allah telah memilih beliau untuk hidup di bumi Madinah Al-Munawwarah. Tahniah buat Prof Kamil dan keluarga. Semoga bahagia di bumi Nabi walaupun terpaksa berdepan dengan karenah renyah arab-arab di sana. Mungkin ada rezeki kita akan menjadi rakan sejawatan pula di kemudian hari. Seronok jika orang sekeliling kita baik budi, soleh dan beilmu tinggi.

Baiklah, sampai di sini dulu.

Assalamualaikum.

Ummu Abdan

KL.